Projek Bekalan Air Bersih Untuk Kampung-Kampung Di Bario

Projek tersebut dikatakan pernah dijanjikan Allahyarham Pehin Sri Adenan yang dikenali sebagai “Maran Ribed” pada lawatan terakhir beliau ke Bario 2015 sebelum menghembuskan nafas terakhir

BARIO: Antara kampung yang bakal menerima bekalan air terawat iaitu Arur Dalan, Bario Lembaa, Arur Layun, Pa Ramapuh A dan B, Bued Main Beruh, Ulung Palang Benah, Padang Pasir, Kampung Baru La Tumuh, Pa Ukat dan Pa Umor.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala menghargai kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas pelaksanaan projek yang sangat ditunggu oleh warga Bario itu.

Majlis pecah tanah Logi Rawatan Air Bario di tapak projek Pa Umor Bario disempurnakan oleh Menteri Utiliti DatoSri Dr. Stephen Rundi Utom.

Projek tersebut dikatakan pernah dijanjikan Allahyarham Pehin Sri Adenan yang dikenali sebagai “Maran Ribed” pada lawatan terakhir beliau ke Bario 2015 sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Gerawat pada ucapanMajlis Pecah Tanah Loji Air Terawat Bario baru-baru berkata kawasan Bario sering mengalami kekurangan bekalan air terutama pada musim kemarau.

“Kapasiti dan sumber air sekarang tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Bario yang semakin bertambah,” kata Gerawat dalam ucapannya memetik Utusan Sarawak.

Beliau berkata, menurut Kementerian Utiliti dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), projek air dilancarkan ini berupaya memenuhi keperluan air bagi kawasan berkenaan untuk 15 tahun akan datang.

Projek air terawat ini menggunakan air dari sumber sungai terbesar di Bario iaitu Sungai Depur.

Kategori
Borneo