MYBAS ELEKTRIK DIJANGKA BEROPERASI SEPENUHNYA DI KUCHING JANUARI 2019

Bagi merealisasikan bas elektrik yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, menurut Nancy perjanjian projek perintis Skim Transformasi Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services Transformation (SBST) sebelum ini perlu dipinda.

KUCHING: Sarawak bakal menjadi negeri pertama menggunakan myBas elektrik sepenuhnya yang dijangka beroperasi Januari 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut Naib Ketua Wanita Pergerakan Wanita PBB itu, antara permintaan Sarawak yang sedang dipenuhi ialah penggunaan bas elektrik di bandar raya Kuching.

Bagi merealisasikan bas elektrik yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, menurut Nancy perjanjian projek perintis Skim Transformasi Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services Transformation (SBST) sebelum ini perlu dipinda.

Pindaan perjanjian ditandatangani kerajaan persekutuan dengan operator rangkaian Konsortium Bas Bandaraya Kuching (KBBK) Sdn Bhd pada November 2017, membolehkan penyediaan prasarana yang mampu menyokong penggunaan kuasa elektrik 90 bas yang menghubungkan seluruh Kuching.

Ini termasuklah pembinaan stesen pengecas bas elektrik.

Menurut Nancy, peruntukan baharu perlu dipohon kerana ia turut melibatkan perubahan pada spesifikasi saiz bas yang ditetapkan termasuk bas bersiz kecil. –Sarawakvoice

Kategori
Borneo