MANIFESTO PAKATAN HARAPAN KITAR SEMULA, ISU ROYALTI MINYAK SARAWAK SELESAI

Pembangkang cuba kelirukan rakyat menjelang PRU14, Tiada lagi ‘tuntutan royalti’ minyak dan gas yang boleh didendangkan pembangkang

Pembangkang cuba kelirukan rakyat menjelang PRU14, Tiada lagi ‘tuntutan royalti’ minyak dan gas yang boleh didendangkan pembangkang dalam pilihan raya kali ini.

Isu itu terpadam terus selepas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan ‘pemilikan terus’ oleh Kerajaan Negeri terhadap segala sumber minyak dan gas dari perut bumi Sarawak pada minggu lalu.

Malah ‘tuntutan royalti’, baik 5 peratus mahupun 20 peratus tidak lagi relevan, kerana Kerajaan Negeri tidak lagi mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum 1974 mahupun Akta Laut Wilayah 2012, yang menjadi premis kepada pembayaran royalti tersebut.

“Kita telah menguasai rundingan yang lebih baik, melalui persetujuan yang diperoleh dicapai menerusi Jawatankuasa Perundingan Hak dan Devolusi Kuasa Perjanjian Malaysia 1963.”

Abang Johari juga menyifatkan Manifesto Pakatan Harapan termasuk mengembalikan hak Sarawak yang merupakan cerita lama dan kitar semula oleh Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing mempertikaikan Manifesto Pakatan Harapan Sarawak yang tidak releven, di mana Pakatan Harapan masih berjanji mengembalikan 20% cukai royalti minyak Sarawak, sedangkan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperolehi kuasa hak meneroka sumber minyak dan gas asli di Sarawak. Maka itu Manifesto PH adalah merupakan cerita lama dan kitar semula.

Justeru, amat melucukan apabila pembangkang masih melaungkan isu yang telah selesai ini.

Lebih melucukan apabila mereka masih mempertikai kemampuan Ordinan Perlombongan Minyak 1954 dan Ordinan Pengedaran Gas 2016 mengatasi kedua-dua akta di atas.

“Seharusnya mereka melihat isu ini dari sudut yang lebih luas dan bukan dari sudut politik.

“Ia juga perlu dibaca dari aspek ‘kejayaan bersama rakyat Sarawak’, setelah berjuang agak lama,” kata penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak, Dr Nadrawina Isnin.

Katanya, sebagai rakyat Sarawak, kejayaan ini harus diraikan, dan apabila Petroleum Sarawak Berhad (Petros) ditubuhkan, ia harus dilihat sebagai entiti penting negeri.

“Memang pembangkang akan kekeringan isu besar dengan kejayaan ini, tetapi di luar sana masih ada seribu satu macam isu yang boleh didendangkan.

“Dan ‘menafikan’ keputusan Kerajaan Sarawak untuk menolak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Laut Wilayah 2012 yang jelas ‘ultra vires’ bukan langkah yang bijak.

“Siapakah mereka yang lebih tahu dan mampu berhujah mengenai perkara ini, kecuali mereka yang terlibat dalam rundingan di antara Kerajaan Negeri dan Pusat tersebut?

“Dan harus diingat, yang mewakili Sarawak bukan calang-calang tokoh, tetapi Peguam Besar negeri dan pakar undang-undang,” jelasnya lagi.

Justeru itu tegasnya, pembangkang perlu berlapang dada dan menerima hakikat kejayaan pentadbiran Barisan Nasional Sarawak menangani isu ini dengan bijaksana.

“Ia berjaya kerana BN Sarawak ada kuasa besar, ada suara besar dan juga fakta yang jelas.

“Sarawak melakukannya pada waktu yang tepat, dan pada kepimpinan yang tepat, hingga sukar untuk kepimpinan Pusat menolak, cadangan dan hujah pemilikan semula khazanah sumber ini,” tambahnya lagi.

Sebagai anak Sarawak, katanya lagi, pemilikan ini sudah lama dinanti.

“Keuntungan daripada hasil bumi ini, dengan bayaran terus masuk ke kantung negeri, (termasuk dari Petronas yang terpaksa memohon lesen dan mematuhi syarat ditetapkan Kerajaan Sarawak), Sarawak akan dapat memperoleh hasil lebih.

Kategori
Borneo