Kerja Pemulihan Jalan Raya Miri-Marudi Lebih Awal Dari Jadual, Kata CMS

 jalanraya sepanjang 43.2 kilometer menghubungkan Miri ke Marudi di wilayah utara Sarawak berjalan lancar, lebih awal dari jadual asal selama 30 bulan
KUCHING: Kerja pemulihan jalanraya sepanjang 43.2 kilometer menghubungkan Miri ke Marudi di wilayah utara Sarawak berjalan lancar, lebih awal dari jadual asal selama 30 bulan.

Menurut Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB), sehingga 25 Mac, kerja-kerja bagi jalan raya berkenaan sudah 49.28 peratus siap, berbanding sasaran sebanyak 42.87 peratus bersamaan 6.41 peratus lebih awal dari jadual.

“CMS Roads Sdn Bhd menyasarkan 68 peratus kerja-kerja berkenaan siap menjelang cuti Hari Gawai (pada awal Jun) bagi memastikan perjalanan lancar orang ramai dan juga pada musim cuti Hari Raya Aidilfitri (pertengahan Jun), ” kata CMSB dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi) CMSB, Goh Chii Bing, berkata syarikat berkenaan sangat gembira dengan kemajuan itu di sebalik beberapa cabaran yang dihadapi seperti membawa bahan ke tapak kerja, cuaca dan keperluan untuk membuka jalan raya berkenaan kepada pengguna sebanyak yang boleh, namun projek berkenaan lebih cepat dari jadual.

CMSB adalah antara syarikat terkemuka yang disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia.– BERNAMA

Kategori
Borneo