JEREBU KALIMANTAN SERANG SARAWAK, MUKAH PALING TERUK

Berpunca daripada pembakaran terbuka, yang menghadirkan ratusan titik panas.

KUCHING: Panas dan memedihkan, itu situasi realiti di lapangan Sarawak sekarang.

Beberapa kawasan di negeri ini mula dicemari jerebu, yang dipercayai rentas sempadan dari negara jiran, Indonesia.

Sejak semalam, lebih 300 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, manakala Kota Pontianak diancam bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat, lebih 100.

Dipercayai ia berpunca daripada pembakaran terbuka, yang menghadirkan ratusan titik panas.

Sehingga jam 7 pagi tadi, antara kawasan yang paling teruk bacaan IPU di Sarawak ialah Mukah (72), Bintulu (69), Sibu (62), Kuching (55) dan Serian (51).

Orang ramai terutamanya kanak-kanak dan mereka yang berhadapan masalah respitori digalakkan untuk tidak keluar rumah atau menyertai aktiviti di luar pada waktu ini.

Kategori
Borneo