Jangan Biarkan Emosi Membunuh Perpaduan Negara – Abang Jo

Kita ikut pemimpin tetapi jika pemimpin buat silap, kita tegur

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan jangan biarkan emosi ‘membunuh’ perpaduan negara.

Ini kerana menurutnya, supaya masyarakat tidak terlalu mengikut emosi dalam tindakan sehingga mengakibatkan perpecahan perpaduan.

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, beliau mengambil contoh Sarawak sebagai negeri yang utuh perpaduannya disebabkan kerjasama erat dan toleransi antara kaum.

“Malah Sarawak yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disebabkan persefahaman jitu antara ahli-ahli beragama Islam dan bukan Islam dalam satu pasukan,” ujarnya.

Abang Johari turut menyifatkan konsep kepimpinan berkait rapat dengan rukun solat berjemaah yang mesti ada imam dan makmum.

“Imam adalah pemimpin, solat berjemaah mesti ada makmumnya (pengikut), tetapi makmum di belakang janganlah bergaduh sesama sendiri sebaliknya merapatkan saf untuk mengikut imam.

“Itulah konsepnya yang sama dengan kepimpinan negara, kita ikut pemimpin tetapi jika pemimpin buat silap, kita tegur tetapi ada caranya kerana kita dilahirkan tidak sempurna,” tegas beliau. – Sarawakiana

Kategori
Borneo