Datuk Seri Najib Perdana Menteri Terbaik Sukar Ditukar Ganti

Jika dahulu kalau bercakap mengenai MA63 sahaja sudah pasti akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Percaya atau tidak, realitinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang paling bertimbang rasa dan mudah untuk dibawa berbincang. Jika dahulu kalau bercakap mengenai MA63 sahaja sudah pasti akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baru-baru ini untuk kali keduanya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan mengembalikan hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Berbeza dari Perdana Menteri yang terdahulu, beliau banyak membantu Sarawak dalam membangunkan prasana, infrastruktur dan pembangunan ekonomi. Inilah yang tiada pada Perdana Menteri yang terdahulu.

kehadiran beliau ke Sarawak pada kali ini adalah untukvyang ke 62 dalam sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dan ini adalah yang terbanyak diantara Perdana Menteri yang lalu.

Kategori
Borneo