BN komited Terus Pelihara Budaya Dan Jamin Hak Tanah Rakyat Sarawak

Ini dibuktikan dengan kejayaan menanda dan melakukan survei terhadap 834, 696 hektar tanah manakala 656,373 hektar lagi diwartakan di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak.

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak menerusi manifestonya semalam berikrar untuk terus memelihara kebudayaan, warisan kepercayaan yang dianuti pelbagai kaum di negeri ini.

Sarawak bagi parti itu, adalah 1Malaysia yang sebenar, yang digambarkan menerusi keharmonian kaum, keharmonian agama serta perpaduan dalam kepelbagaian.

“Sarawak adalah unik, dengan kebebasan untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Pada masa yang sama, BN Sarawak berikrar untuk terus menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka.

“Komitmen ini diterjemahkan melalui sokongan untuk menangani isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Pada masa yang sama, BN Sarawak akan terus menjalankan survei perimeter dan survei lot individu ke atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Ini dibuktikan dengan kejayaan menanda dan melakukan survei terhadap 834, 696 hektar tanah manakala 656,373 hektar lagi diwartakan di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak. –Sarawakvoice

Kategori
Borneo