Bekas isteri pertama Frank Sinatra meninggal dunia

40 LOS ANGELES: Nancy Sinatra, bekas isteri pertama kepada mendiang penyanyi dan pelakon lagenda, Frank Sinatra meninggal dunia semalam pada usia 101 tahun, kata anak perempuan beliau yang turut...

“Ibu saya meninggal dunia malam tadi pada usia 101 tahun. Beliau adalah kurniaan dan cahaya kehidupan saya. Semoga berbahagia Mama. Terima kasih untuk semua,” kata Nancy Sinatra, 78, menerusi laman rasmi Twitter beliau.

Nancy Sinatra berkahwin selama 12 tahun dengan salah seorang bintang paling popular kurun ke-20 yang memulakan filem pecah panggung “From here to Eternity dan “Guys and Dolls” serta dikenali dengan lagi jazz, ‘New York, New York”.

Pasangan itu, kedua-duanya berasal dari New Jersey mempunyai tiga cahaya mata dan bercerai pada 1951, selepas suami beliau mempunyai hubungan luar perkahwinan yang diterbitkan dalam kolum gosip di Hollywood, lapor The New York Times.

Beliau kemudian berkahwin dengan aktres Hollywood, Ava Gradner hanya 10 hari selepas perceraian dengan Nancy Sinatra. Bagaimanapun, pasangan itu kekal rapat sehingga kematian Frank Sinatra pada 1998 pada usia 82 tahun akibat serangan jantung, lapor akhbar itu. – Reuters

Kategori
BeritaDunia