Ant-Man and the Wasp catat kutipan AS$76 juta di Amerika Utara

96 Filem terbitan Disney/Marvel, ‘Ant-Man and the Wasp’ menduduki tangga teratas penjualan tiket di Amerika Utara, dengan kutipan AS$76 juta (RM306 juta). Pemerhati Industri perfileman Amerika, Exhibitor Relations dalam...

Filem terbitan Disney/Marvel, ‘Ant-Man and the Wasp’ menduduki tangga teratas penjualan tiket di Amerika Utara, dengan kutipan AS$76 juta (RM306 juta).

Pemerhati Industri perfileman Amerika, Exhibitor Relations dalam laporannya berkata, sekuel kepada filem terbitan 2015, ‘Ant-Man’ itu mengatasi hasil jualan tiket pada hari pembukaan sebanyak 33 peratus.

Filem adiwira berkenaan adalah terbitan ke-20 dalam siri komik Disney Marvel Cinematic Universe dan yang pertama menampilkan wanita pada tajuknya.

Sekuel ini bermula dengan kisah watak utama Scott Lang yang dikenakan tahanan rumah di San Francisco selepas ditangkap dalam bentuk adiwira bersaiz kecil ketika menentang pasukan Avengers menerusi episodf ‘Civil War’.

Berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri antara kehidupan di rumah dan tanggungjawab sebagai ‘Ant-Man’, Scott didatangi seorang wanita dikenali sebagai Hope Van Dyne atau Wasp dan bapanya yang juga ahli kuantum fizik genius, Hank Pym bagi melaksanakan satu misi penting.

Antara pelakon lain termasuk aktor terkemuka Michael Douglas, aktres Michelle Pfeiffer dan Bobby Cannavale.

Gandingan mantap dua adiwira serangga itu mengatasi kutipan tiga hari filem yang berada di tangga kedua, The Incredibles 2, terbitan Disney dan Pixar dengan jumlah AS$29 juta (RM117 juta). – AFP

Kategori
BeritaDunia