Anggota keselamatan diserang, Tunisia ikrar ‘balas dendam’

74 TUNIS, 11 Julai (BERNAMA-NNN-XINHUA) — Kerajaan Tunisia berikrar akan bertindak balas terhadap keganasan, ekoran serangan “pengganas” ke atas sebuah stesen kawalan sempadan di barat laut Tunisia, yang membunuh...

TUNIS, 11 Julai (BERNAMA-NNN-XINHUA) — Kerajaan Tunisia berikrar akan bertindak balas terhadap keganasan, ekoran serangan “pengganas” ke atas sebuah stesen kawalan sempadan di barat laut Tunisia, yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan anggota pasukan keselamatan.

“Kami berjanji akan bertindak dan “balas dendam”,” kata Menteri Dalam Negeri, Ghazi Jeribi berhubung serangan pada Ahad itu.

Jeribi menyifatkan serangan tersebut sebagai “pengecut”, sambil menegaskan “pihak keselamatan tidak akan hilang tumpuan dan semangat moral lebih tinggi berbanding sebelumnya.”

Katanya, anggota pasukan rondaan di sempadan diserang sekumpulan pengganas, yang jumlahnya tidak diketahui, menggunakan periuk api anti-kereta kebal.

Menurut agensi berita rasmi Tunisia TAP, pengganas melepaskan tembakan dari tiga arah berlainan di Wilayah Jendouba.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan lapan anggota terbunuh di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian, akibat kecederaan serius…..

Kategori
BeritaDunia