Anak bekas presiden Afrika Selatan, Duduzane Zuma didakwa di mahkamah kerana rasuah

82 JOHANNESBURG, 11 Julai (BERNAMA-NNN-AGENCIES) – Anak bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, Duduzane Zuma didakwa di sebuah mahkamah di Johannesburg kerana melakukan jenayah rasuah. Beliau didakwa terbabit dengan...

JOHANNESBURG, 11 Julai (BERNAMA-NNN-AGENCIES) – Anak bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, Duduzane Zuma didakwa di sebuah mahkamah di Johannesburg kerana melakukan jenayah rasuah.

Beliau didakwa terbabit dengan percubaan merasuah bekas timbalan menteri kewangan untuk berperanan dalam kerajaan.

Dakwaan itu berkaitan dengan kegiatan kontroversi keluarga Gupta yang dituduh mempengaruhi Presiden Zuma. Bagaimanapun semua pihak yang dituduh mengaku tidak bersalah.

Pada tahun 2015, bekas Timbalan Menteri Kewangan, Mcebisi Jonas mendakwa ditawarkan kedudukan sebagai menteri kewangan dan rasuah bernilai 600m rand semasa pertemuan dengan Duduzane, ahli perniagaan Fana Hlongwane dan Ajay Gupta.

Jonas akan menggunakan kedudukannya sebagai menteri kewangan untuk memajukan kepentingan empayar perniagaan Guptas…..

Kategori
BeritaDunia