2 peserta para-peluncur cedera akibat kesilapan pendaratan

135 BOGOR: Dua peserta para-peluncur cedera dalam kemalangan ketika mendarat dan dibawa menaiki helikopter ke hospital semalam ketika sukan berisiko tinggi itu membuat kemunculan pertama Sukan Asia di tanah...

BOGOR: Dua peserta para-peluncur cedera dalam kemalangan ketika mendarat dan dibawa menaiki helikopter ke hospital semalam ketika sukan berisiko tinggi itu membuat kemunculan pertama Sukan Asia di tanah tinggi Jawa Barat.

Peserta Afghanistan, Liza Hozoori jatuh dari ketinggian 15 meter selepas terhenti di udara apabila angin secara tiba-tiba beralih arah, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan saraf tunjang, kata agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Anggota pasukannya memaklumkan AFP, kecederaan dialami Hozoori, 24, seorang pengacara televisyen Afghanistan dan perintis para-peluncur wanita di negaranya, tidak serius.

Tidak lama kemudian semalam, peserta dari China, Wang Jianwei mengalami patah kaki selepas payung terjunnya berlipat 20 meter dari kawasan penamat, menyebabkannya terhempas, kata agensi sama.

Katanya, kedua-dua atlet dibawa ke hospital di Jakarta untuk rawatan dan mereka dalam keadaan sedar.

Sukan para-peluncur muncul dalam acara serantau di Asia buat kali pertama. Pingat emas pertama dimenangi semalam oleh Indonesia dalam acara ketepatan pasukan manakala untuk wanita dimenangi Thailand.

Para-peluncur, di mana atlet berlepas dari kawasan bukit dan mengawal payung terjun diteliti susulan kematian peserta dari Hong Kong, Patrick Chung, 44.

Peserta dari Hong Kong, Cheung Yuk-wah juga menarik penyertaan daripada sukan itu selepas terhempas ke dalam tasik di Austria, menurut media tempatan.

Dalam acara ketepatan, mata diperoleh jika mendarat sehampir dengan kawasan bulatan dan rata. -AFP

Kategori
BeritaDunia