11 MAUT SELEPAS HUJAN LEBAT BERTERUSAN DI KERALA, INDIA SELATAN

76 NEW DELHI, 17 Julai (Bernama) — Sebanyak 11 orang maut apabila hujan lebat melanda selatan negeri Kerala di India secara berterusan dalam tempoh melebihi 24 jam, kata para...

NEW DELHI, 17 Julai (Bernama) — Sebanyak 11 orang maut apabila hujan lebat melanda selatan negeri Kerala di India secara berterusan dalam tempoh melebihi 24 jam, kata para pegawai pada Selasa.

Menurut agensi berita China Xinhua, kematian itu telah dilaporkan di daerah Kozhikkode, Malappuram dan Kollam.

“Tiga orang maut dalam insiden berkaitan hujan di Kollam, dua di Kozhikkode dan dua di Malappuram,” kata seorang pegawai pengurusan bencana.

Lima daerah lain turut dilanda hujan lebat yang menyebabkan beberapa sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup pada Isnin.

Saluran TV tempatan melaporkan bahawa hujan lebat itu telah menyebabkan perkhidmatan kereta api dan lalu lintas terjejas teruk di semua daerah terbabit…..

Kategori
BeritaDunia