Anak Sarawak Hasilkan Tongkat Pintar Pertama di Asia Tenggara

Tongkat Pintar yang diberi nama Bawa Cane itu dapat membantu orang kurang daya penglihatan dalam menyelesaikan masalah

Pasangan adik beradik yang berasal dari Kuching, Daniel Vong & Stella Vong berjaya menghasilkan tongkat pintar untuk orang kurang upaya penglihatan, yang pertama di Asia Tenggara.

Tongkat Pintar yang diberi nama Bawa Cane merupakan alat ‘Internet Of Things’ di mana satu hardware istimewa dipasang pada tongkat.

Teknologi tersebut dikuasakan oleh Big Data Analytics dan menghantar kembali signal kepada pengguna bagi mengesan jarak mereka dengan objek objek tertentu dalam radius yang telah ditetapkan oleh Bawa Cane.

Kisah bagaimana mereka mendapat inspirasi untuk mencipta tongkat pintar ini adalah ketika saat mereka mengetahui nenek mereka hilang daya penglihatan kerana darah tinggi dan kemudiannya glaucoma yang akhirnya mengakibatkan kehilangan daya penglihatan.

Pasangan adik beradik ini dengan semangat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kekurangan daya penglihatan mula mencari maklumat dan bergaul dengan komuniti kurang upaya penglihatan.

Maklumat yang mereka perolehi sangat mengejutkan. Walaupun menggunakan tongkat, orang kurang upaya penglihatan mengalami risiko seperti :

  • Risiko terlanggar household furniture
  • Risiko jatuh ke longkang kecil yang gagal dikesan menggunakan tongkat tradisional

Tongkat tradisional yang digunakan oleh kebanyakan golongan kurang upaya pula tidak dapat mengesan objek yang berketinggian lebih daripada paras lutut.

Guide dogs pula mahal dan tidak sesuai digunakan di negara seperti Malaysia.

Pasangan adik beradik ini juga sebelum ini telah terpilih untuk menyertai program Second Startup di Pulau Pinang, di mana mereka telah ditaja untuk menambahbaik idea mereka disamping menuntut ilmu dari pakar pakar industri di Pulau Pinang.

Program Second Startup yang mempunyai fokus pada IoT dan Fintech itu juga telah memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan pelabur – pelabur dalam negara dan juga antarabangsa

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan mereka, anda boleh ke laman sesawang Bawa Tech : Bawa Cane – Smart Cane for Visually Impaired (Klik Di Sini)

Anda juga boleh membaca blog mereka terus di sini : Bawa Cane – Blog Updates

Jika anda ingin membantu mereka untuk melangkah lebih jauh, anda juga boleh menderma bagi membolehkan mereka membangunkan teknologi mereka tanpa mengalami masalah kewangan.

Kami juga berharap pihak kerajaan negeri yang kini mempunyai visi dan misi ke arah Ekonomi Digital boleh membantu kedua dua adik beradik ini.

Tidak mustahil teknologi yang mereka bangunkan boleh menjadi satu industri bernilai tinggi kerana potensi teknologi mereka boleh digunakan dalam banyak lagi perkara lain.

Semestinya tidak mudah untuk kita temui anak sarawak hasilkan tongkat pintar yang pertama di Asia Tenggara.

Jangan lupa share artikel ini pada kawan kawan anda! – Sumber I Love Kuching

Kategori
Rencana