Rangkuman Berita Malaysia 17 Julai 2017

Rangkuman Berita Bertarikh 17 Julai 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Malaysia Kutuk Tindakan Israel Tutup Masjid Al-Aqsa – PM Najib

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian Mengenai Anwar – PM Najib

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib Ucap Tahniah Kejayaan Abdul Latif Di London

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik Abdul Latif Romly atas kejayaannya mempertahankan pingat emas dan memecah rekod kejohanan acara lompat jauh lelaki T20 dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London pada Ahad.

Kerajaan Tiada Hasrat Sekat Aplikasi Telegram – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid Ingatkan Jemaah Haji Jaga Nama Baik Malaysia

BAGAN DATUK, 16 Julai (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan jemaah haji agar sentiasa menjaga disiplin bagi mengekalkan pengiktirafan Malaysia sebagai negara punya jemaah haji terbaik dunia.

Jangan Campur Tangan Politik Bagan Datuk – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK,16 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu orang luar mengganggu gugat kestabilan politik di Bagan Datuk.

Negara

Najib Hadir Majlis Perkahwinan Anak Pengerusi Kumpulan Utusan

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Berhad Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib, Rosmah Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Rumah Terbuka UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan parti hari ini bersama-sama puluhan ribu tetamu meraikan majlis Rumah Terbuka UMNO 2017, yang disambut ceria dan penuh keharmonian.

Rabies:Tiada Keperluan Untuk Kuarantin Buat Masa Ini

PASIR SALAK, 16 Julai (Bernama) — Tiada keperluan untuk melaksanakan kuarantin ke atas penduduk di beberapa kawasan di daerah Serian, Sarawak yang terjejas akibat virus penyakit anjing gila atau rabies buat masa ini.

Kes Rabies Dikesan Di Kuala Sepetang,Taiping – KP Veterinar

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang, Taiping, Perak susulan kes rabies atau penyakit anjing gila dikesan di kawasan itu.

Tabung Haji Bersedia Sambut Ketibaan Jemaah Musim 1438H

KEPALA BATAS, 16 Julai (Bernama) — Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut ketibaan 30,200 jemaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima untuk musim haji 1438H itu di Tanah Suci bermula bulan ini.

Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) — Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman.

Tiada Alasan Tidak Tuntut Kad Pengenalan – JPN

JITRA, 16 Julai (Bernama) — Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah siap dikeluarkan memandangkan terdapat 231 pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara ketika ini, kata Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli.

Idris Saran Parlimen Mahasiswa Pilih Pelapis Anggota Parlimen BN

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan Parlimen Mahasiswa dijadikan platform bagi memilih pelapis anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kos Membesarkan Anak Yang Tinggi Punca Utama Kadar Kelahiran Rendah

MELAKA, 16 Julai (Bernama) — Kos membesarkan anak yang tinggi adalah antara faktor utama mengapa kadar kelahiran dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia berterusan rendah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Peminjam PTPTN Sengaja Tidak Jelas Hutang – Idris Jusoh

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah mempunyai pendapatan sengaja memilih untuk tidak membayar hutang mereka walaupun mampu berbuat demikian.

Malaysia Tekad Dapatkan Keadilan Untuk Mangsa MH17 – Liow

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Malaysia tekad dalam usahanya mendapatkan keadilan untuk mangsa Penerbangan MH17 Malaysia Airlines dan berusaha mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi malang itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

MRT Penanda Aras Perancangan Masa Depan Pengangkutan Awam – SPAD

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Sistem Transit Aliran Massa (MRT) menjadi penanda aras bagi semua perancangan masa depan pengangkutan awam yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat di negara ini.

Negeri

Ciptaan Penghadang Burung Menang Liga LEGO Malaysia 2017

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Sepasukan 12 orang pelajar dari Pulau Pinang memenangi juara keseluruhan kebangsaan Liga Lego Pertama (FLL) Malaysia 2017.

MAF Pertingkat Kempen Kesedaran Mengenai HIV, AIDS

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiatkan kempen kesedaran HIV dan AIDS berikutan peningkatan kes HIV dalam kalangan anak muda pada tahun lepas, kata pengerusinya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

SK Taman Nirwana Ampang Perintis Program Pertanian Bandar Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai sekolah perintis bagi Program Pertanian Bandar peringkat Lembah Klang, dalam usaha kerajaan menggalakkan komuniti bandar menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan.

Penggunaan Dewan Bedah Hospital Setiu Ditingkatkan

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Konsep hospital kluster yang dilaksanakan di Hospital Setiu sejak tahun lepas, terbukti dapat mengoptimumkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat seperti yang dikehendaki kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kadar Guna Air Terawat Selangor Tertinggi Di ASEAN

KLANG, 16 Julai (Bernama) — Kadar penggunaan air terawat di Selangor pada masa kini adalah 250 liter per kapita sehari iaitu kadar yang paling tinggi di rantau ASEAN, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selangor Guna Pendekatan Tersendiri Perangi Rasuah

KLANG, 16 Julai (Bernama) — Kerajaan Selangor mempunyai pendekatan tersendiri memerangi rasuah iaitu dengan mewajibkan setiap Exco menandatangani ikrar bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan pada mesyuarat Exco Negeri.

Felcra,MBI Kedah Bekerjasama Jalankan Projek Tanaman Kontan

ALOR SETAR, 16 Julai (Bernama) — Felcra Berhad (Felcra) akan bekerjasama dengan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah untuk menjalankan projek tanaman kontan di Pulau Langkawi dalam usaha menerajui industri jaminan bekalan makanan negara.

Guru, Pelajar Cemas Asid Tumpah Di Bilik Utiliti

ALOR SETAR, 16 Julai (Bernama) — Guru dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala di sini menghadapi detik mencemaskan apabila sejenis asid tumpah di dalam bilik utiliti sekolah itu pagi tadi.

10 Telaga Tiub Tanjung Dawai Beri Bekalan Air Bersih

SUNGAI PETANI, 16 Julai (Bernama) — Pembinaan 10 telaga tiub baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dekat sini merupakan langkah alternatif bagi penduduk di beberapa kampung yang mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih.

Lebih 10,000 Pelajar Di Baling Peroleh Manfaat

BALING, 16 Julai (Bernama) — Lebih 10,000 pelajar di Baling setakat ini telah mendapat manfaat daripada Program Sifar Buta Huruf yang dianjurkan bermula Januari lepas, kata Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Bakal Jemaah Haji Negeri Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah

SEREMBAN, 16 Julai (Bernama) — Bakal jemaah haji di Negeri Sembilan diingatkan agar menyempurnakan ibadah itu sebaik mungkin dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci.

OKU Ingin Catat Rekod Penerbangan Solo Keliling Dunia

KUALA PILAH, 16 Julai (Bernama) — Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang juga seorang orang kurang upaya (OKU), Khamaruzaman Mohd Yusof berhasrat mencatatkan rekod dunia menerusi misi penerbangan solo mengelilingi dunia tahun depan.

Matlamat Felda Basmi Kemiskinan Bukan Wujud Kumpulan Kaya Raya – Shahir

ALOR GAJAH, 16 Julai (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada awal perencanaannya oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein adalah bermatlamat membasmi kemiskinan dan bukan mewujudkan kumpulan elit yang kaya raya, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahir Abdul Samad.

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut Dalam Kemalangan Di Bentong

KUANTAN, 16 Julai (Bernama) — Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya terbabas di Kilometer 12.7, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Tunku Tun Aminah Bakal Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini

JOHOR BAHRU, 16 Julai (Bernama) — Anakanda Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini.

Tempoh Mohon E-Kad Mencukupi, Tiada Alasan Minta Lanjut

JOHOR BAHRU, 16 Julai (Bernama) — Tempoh yang diberikan kepada majikan untuk memohon kad sementara atau ‘enforcement card’ (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah memadai.

Sabah/Sarawak

Lesen Pemandu Pelancong Cemar Imej Sabah Akan Ditarik

KOTA KINABALU, 16 Julai (Bernama) — Persatuan pemandu pelancong yang didapati menjejaskan nama Malaysia terutama Sabah akan ditarik balik lesen mereka, kata Pengarah Pejabatan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah (Motac), Ag Ahmad Zaki Abu Bakar.

Musa Aman Nasihat Jemaah Haji Sabah Jaga Kesihatan

TAWAU, 16 Julai (Bernama) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihatkan agar Jemaah haji negeri ini menjaga kesihatan dalam kesibukan menunaikan ibadah haji di tanah suci.

109 Mangsa Banjir Kilat Di Sipitang

SIPITANG, 16 Julai (Bernama) — Sebanyak 109 orang daripada 42 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Sipitang selepas empat buah kampung di daerah berkenaan dilanda banjir kilat awal pagi ini.

Dalang Penyeludupan Diingat Berhenti Serta-Merta Sebelum Dicekup

SEMPORNA, 16 Julai (Bernama) — Beberapa orang dalam yang menjadi dalang aktiviti penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diingatkan supaya berhenti serta merta sebelum dicekup, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali.

Rabies: 19 Kes terbaru Di Serian

KUCHING, 16 Julai (Bernama) — Sembilan belas kes terbaru gigitan anjing dan kucing dilaporkan berlaku hari ini menjadikan sebanyak 26 kes gigitan dikesan dari 2 hingga 16 Julai ini.

Jambatan Baharu Di Kawasan Pesisir Sarawak

DARO, 16 Julai (Bernama) — Sarawak akan membina sebuah lagi jambatan bagi menghubungkan jaringan jalan pesisir negeri itu seperti Pulau Bruit, Semop, Daro dan Matu serta hab halal Tanjung Manis.

Pemimpin Baru Dibimbing Ikut Tradisi PBB – Abang Johari

DARO,16 Julai (Bernama) — Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memberi jaminan untuk membimbing pemimpin-pemimpin baru mengikut tradisi Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mengambil alih tampuk kepimpinan parti pada masa depan.

Buaya Jantan Sepanjang 2.5 Meter Dipindahkan Dari Sungai Sarawak

KUCHING, 16 Julai (Bernama) — Pasukan Gerak Cepat Hidupan Liar (SWAT) di Perbadanan Kehutanan Sarawak (SFC) hari ini memindahkan seekor buaya jantan sepanjang 2.5-meter dari Sungai Sarawak di sini, di bawah program penakaian dan pemindahan buaya.

Isu  Berterusan

Buruh Didakwa Bunuh Anak Tiri

SETIU, 16 Julai (Bernama) — Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun.

Mahkamah:Kontraktor Dan 13 Buruh Didakwa Curi Pasir

MACHANG, 16 Julai (Bernama) — Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di sini, hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir tanpa kebenaran.

Jenayah

Polis Tahan Empat Suspek Dadah Termasuk Warga Emas

39 Individu Ditahan Dalam Op Noda

Geng Harry Gunong Aktif Samun Dan Pecah Rumah Tumpas

Pasar Raya Dirompak, Pemilik Kerugian Hampir RM300,000

Politik

Usah Terpedaya Permainan Politik Pakatan Harapan

KEMAMAN, 16 Julai (Bernama) — Usah terpedaya permainan politik Pakatan Harapan dengan barisan kepimpinan baharu mereka, kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.

Kuasai Media Sosial Depani Cabaran Politik Baharu – Mas Ermieyati

SEPANG, 16 Julai (Bernama) — Pergerakan Puteri UMNO perlu mendominasi media sosial bagi memenangi hati rakyat dengan fakta dan kebenaran dalam mendepani persaingan era baharu politik yang terbuka dan mencabar, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Pakatan Harapan Cetuskan Lebih Banyak Kekeliruan – Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Pakatan Harapan cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu, sebenarnya yang menentukan siapa bakal Perdana Menteri.

PAS Masih Di Blok Pembangkang, Nafi Makan Dedak UMNO

BUKIT MERTAJAM, 16 Julai (Bernama) — PAS hari ini sekali lagi menegaskan bahawa parti itu masih berada di saf pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

DAP ‘Besar Kepala’ Enggan Adakan CEC – Tajuddin

KEPALA BATAS, 16 Julai (Bernama) — Sikap besar kepala DAP, yang sehingga hari ini meningkari perintah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC), disifatkan sebagai anti undang-undang.

Anggota Puteri Diminta Kerja Keras Bantu Kemenangan BN Dalam PRU14

KUANTAN, 16 Julai (Bernama) — Naib ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah ‘ibu kepada segala pilihan raya’ yang memerlukan semua anggota UMNO termasuk Puteri bekerja keras untuk memenanginya.

UMNO Ketereh Jangka Lebih 10,000 Hadir Majlis Mesra Bersama OPT

KOTA BHARU, 16 Julai (Bernama) — UMNO Bahagian Ketereh menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri majlis Mesra Bersama OPT (Orang Parlimen Terre) yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala, Melor Jumaat ini.

Mahathir ‘Berbaik’ Dengan Anwar Demi Misi Peribadi – Hassan

ROMPIN, 16 Julai (Bernama) — Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup menggadai prinsip perjuangannya dengan kembali menyokong ‘musuh’nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai langkah untuk menjayakan cita-cita peribadi dan politiknya.

BN Sarawak Boleh Menang Besar PRU14 – Nancy Shukri

KUCHING, 16 Julai (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh menang besar dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan merampas kembali kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Jangan Berpecah Kerana Politik – Othman Aziz

JERLUN, 16 Julai (Bernama) — Rakyat khususnya pengundi di Parlimen Jerlun diingatkan supaya tidak berpecah dan merosakkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama hanya kerana hanyut dalam keghairahan berpolitik, lebih-lebih lagi dengan adanya parti baharu.

Anggota UMNO Wajib Sokong Calon Parti – Ismail Sabri

SEREMBAN, 16 Julai (Bernama) — Anggota UMNO perlu menyokong penuh calon parti yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manual PRU14 UMNO Siap – Hishammuddin

LENGGONG, 16 Julai (Bernama) — UMNO telah menyiapkan manual khas sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seterusnya memastikan kemenangan parti dan Barisan Nasional.

Kepimpinan Pakatan Harapan Berkecamuk – Hishammuddin

LENGGONG, 16 Julai (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pembentukan barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebagai ‘berkecamuk’ tanpa adanya hala tuju perjuangan sebenar.

UMNO: Berkempenlah Secara Berhemah – Anifah

KIMANIS, 16 Julai (Bernama) — Semua sayap UMNO dinasihatkan supaya berkempen secara berhemah bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Janji Pakatan Harapan Hanya Mainan Politik Raih Simpati – Kayveas

CAMERON HIGHLANDS, 16 Julai (Bernama) — Pelbagai janji ditaburkan Pakatan Harapan sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan rakyat, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Impian Pakatan Kuasai Putrajaya Semakin Jauh Tanpa PAS – Salleh

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Impian Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semakin jauh tanpa sokongan pengundi PAS berikutan parti itu yang kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Kepemimpinan Baharu Pembangkang Tidak Gugat BN Sabah – Kurup

SEPANG, 16 Julai (Bernama) — Pengumuman barisan baharu kepemimpinan pakatan pembangkang tidak sama sekali menggugat kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sabah, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup.

Najib Lancar Buku ‘Asal Usul Melayu’

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku ‘Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda’, yang mengumpulkan dan menceritakan beberapa idea mengenai sejarah asal usul Melayu dan perjalanan sejarahnya.

Sukan

Jurulatih Bangga Dengan Pencapaian Abdul Latif

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara R.Jeganathan memuji Abdul Latif Romly yang berjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London, England pada Ahad.

Abdul Latif Pertahankan Emas, Pecahkan Rekod Kejohanan Dunia Olahraga Para

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly memecahkan rekod kejohanan dan mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017, yang berlangsung di London, England, pada Ahad.

SEA: Sokonglah Skuad Bola Sepak, Futsal Wanita

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru peminat sukan tanah air supaya memberi sokongan kepada skuad bola sepak dan futsal wanita yang bakal beraksi pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini.

Larian Obor Sukan SEA Tiba Di Terengganu

BESUT, 16 Julai (Bernama) — Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan kini tiba di Terengganu dengan disambut meriah bersama iringan kereta kuda.

Kategori
Rangkuman Berita