RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 14 NOVEMBER 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA bertarikh 14 November 2017

Negara

Parlimen

Parlimen : Murid Yang Pernah Cuba Dadah Dipantau Kaunselor

Parlimen: Usaha Tingkatkan Industri Ikan Tuna

Seramai 62,153 Etnik Rohingya Di Malaysia – Shahidan

Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 Lulus Peringkat Dasar

 

Ribut Petir Di Labuan, Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Ribut petir di perairan Sarawak (Limbang, Miri dan Bintulu), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan dijangka berterusan hingga lewat petang ini.

Kaedah IMAMS Elak Pengendali Umrah Tipu jemaah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kaedah Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang kini sedang dirangka, dijangka dapat digunakan untuk memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah.

Amalan KBAT Ditahap Lebih Baik Tiga Tahun Lagi – Mahdzir

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) — Penguasaan pelajar dan guru terhadap amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) akan berada pada tahap lebih baik dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Rosmah Hadiri Program Isteri Pemimpin Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31

MANILA, 13 Nov (Bernama) — Isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai isteri para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31, pada program lawatan ke pameran “ASEAN at 50: Power as Flow”.

Dialog TN50 Telah Dekati Lebih 1.5 Juta Belia – Khairy

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan telah berjaya mendekati lebih 1.5 juta belia di seluruh negara menerusi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) sejak ia diperkenal Januari lalu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Antara 200 Hingga 300 Pembekal Terlibat Dalam Kr1m 2.0 – Hamzah

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) — Antara 200 hingga 300 pembekal akan terlibat dalam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bagi menawarkan lebih banyak pilihan produk yang berkualiti pada harga lebih rendah daripada pasaran, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tiada Rakyat Malaysia Di Sempadan Iran-Iraq Yang Mengalami Gempa – Kementerian Luar

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di kawasan sempadan Iran-Iraq yang dilanda gempa 7.3-magnitud, berhampiran wilayah Kermanshah, Iran, 680 kilometer di barat Tehran pada Ahad.

Program Kejar Diteruskan Ke Sabah, Sarawak – KP SPRM

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Negeri

Banjir

Pengusaha Pusat Cucian Kenderaan Bantu Mangsa Banjir

Sukarelawan KKLW Bantu Program Pasca Banjir Pulau Pinang

 

Tiada Kompromi Terhadap Pekerja Asing Cabar Anggota PDRM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Kerajaan Negeri Harus Ikut Garis Panduan Rancang Pembangunan – Noh

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memastikan segala projek pembangunan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi mengelak bencana yang tidak diingini seperti tanah runtuh yang meragut 11 nyawa di Pulau Pinang baru-baru ini, berulang kembali.

Dr Ting Tidak Pernah Mohon Jadi Doktor Lokum – Pengarah HKL

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Doktor Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr Ting Teck Chin yang didakwa menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Syed Alman Zain Syed Alwi, tidak pernah memohon untuk menjadi doktor lokum (sambilan) di Klinik Pakar Pergigian Imperial.

Larangan Bertudung Pekerja Barisan Hadapan Hotel Satu Diskriminasi – Vell Paari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan seperti yang diamalkan sesetengah rangkaian hotel di negara ini adalah tidak adil dan satu diskriminasi, kata Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari.

Kesedaran Kewangan Semasa Persaraan Penting, Perlu Ditingkatkan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kesedaran masyarakat untuk membuat persediaan khususnya dari segi kewangan menjelang tempoh persaraan masih di tahap amat rendah dan membimbangkan.

56 Mangsa Sindiket Pengemis Diselamatkan

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) — Polis Selangor telah menyelamatkan 56 mangsa eksploitasi sindiket pengemis dalam Op Ehsan yang bermula Julai lalu hingga semalam.

Lawatan Pemimpin Pusat Tidak Babit Perbelanjaan Negeri Sepenuhnya

ALOR SETAR, 13 Nov (Bernama) — Lawatan pemimpin pusat ke negeri ini bukanlah menggunakan peruntukan kerajaan negeri sepenuhnya, sebaliknya bergantung kepada ‘pemilikan’ setiap program tersebut.

Ironman Dedahkan Keadaan Jalan Rosak Di Langkawi – Exco

ALOR SETAR, 13 Nov (Bernama) — Peserta pada Kejohanan Ironman Langkawi ke-15, yang akhir Sabtu lepas, telah mendedahkan masalah kerosakan jalan raya yang teruk di pulau peranginan itu sehingga menjejaskan prestasi peserta dalam dan luar negara.

Program Jalinan Kasih Pasca Banjir Bantu 200 Keluarga Komuniti 1Malaysia

SUNGAI PETANI, 13 Nov (Bernama) — Sebanyak 200 keluarga daripada Komuniti 1Malaysia yang terjejas dengan banjir di negeri ini menerima bantuan menerusi Program Jalinan Kasih Pasca Banjir yang dilaksanakan Jabatan Penerangan Kedah.

Kerajaan Pulau Pinang Sentiasa Hidup Dalam Penafian – Jahara

GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.

131 Cerun Runtuh Dalam Bencana Alam Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) — Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini pada 15 Sept dan 4 Nov lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Pemerkasaan Dasar Dadah Negara: Orang Ramai Digesa Beri Pendapat

NILAI, 13 Nov (Bernama) — Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pemerkasaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Program Bicara ‘Runtuhnya Kota Lukut’ Di Muzium Lukut Rabu Ini

PORT DICKSON, 13 Nov (Bernama) — Muzium Lukut akan menganjurkan Program Bicara @ Muzium 2017: ‘Runtuhnya Kota Lukut’ di Auditorium Muzium Tentera Darat di sini Rabu ini.

Syarat Baharu LPPSA Sekat Peluang Kakitangan Awam Miliki Rumah

KUANTAN, 13 Nov (Bernama) — Tindakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengetatkan syarat kelayakan pembiayaan perumahan untuk kakitangan awam boleh menyekat peluang golongan itu memiliki rumah sendiri.

2,845 Graduan UMP Bakal Terima Ijazah Mulai Sabtu Ini

KUANTAN, 13 Nov (Bernama) — Sejumlah 2,845 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UMP kali ke-12 yang berlangsung dari 18 hingga 20 Nov ini, di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.

JUITA Cadang Tubuh Pasukan Anti Jenayah Seksual Kanak-kanak

JOHOR BAHRU, 13 Nov (Bernama) –Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA) bercadang untuk menubuhkan pasukan Anti Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan Anti-Pedofilia yang

Sabah / Sarawak

Galeri Lebok Dana Simpan Lebih 1,000 Memorabilia P. Ramlee

KUCHING, 13 Nov (Bernama) — “Semerah padi desa perwira, gagah berani keras semangat, adat dijaga teruna dara, teguh beriman kuat ibadat.” Bait lirik lagu Semerah Padi dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini sering bermain dalam kotak fikiran penulis setiap kali melintasi Kampung Semerah Padi, Petra Jaya di sini.

Visi Ketua Menteri Sarawak Mahu Laksanakan Ekonomi Digital Dipuji

KUCHING, 13 Nov (Bernama) — Visi dan inisiatif Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan ekonomi digital dan teknologi dengan mencontohi kejayaan inisiatif e-kerajaan Estonia, dipuji.

Sarawak Lulus 114 Projek Tebatan Banjir

KUCHING, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan negeri melalui inisiatif transformasi luar bandar telah meluluskan 114 projek tebatan banjir negeri dengan had maksimum RM100 juta, dengan 97 daripada projek itu yang bernilai RM45.78 juta sedang dilaksanakan pada 2017, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datuk Penguang Manggil.

Empangan Bengoh Kukuh Dan Stabil – Rundi

KUCHING, 13 Nov (Bernama) — Kementerian Utiliti Sarawak memberi jaminan empangan Bengoh adalah kukuh dan stabil dari segi teknikal dan strukturnya berdasarkan laporan pakar perunding reka bentuk empangan dan kontraktor dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak di dalam media.

Isu Berterusan

Bunuh Dan Cedera Pelajar UPNM: Mahkamah Benarkan Kes Dibicarakan Bersama

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menghadapi pertuduhan membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain dibicarakan bersama.

Kes KBS: Tiada Penurunan Kuasa – Saksi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa tiada penurunan kuasa daripada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Setiausaha Bahagian Kewangan kementerian itu berhubung peruntukan kewangan yang disalurkan oleh Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Ibu Lacurkan Anak Dipenjara 75 Tahun

JOHOR BAHRU, 13 Nov (Bernama) — Seorang ibu tunggal yang memperoleh bayaran RM50 seorang dengan melacurkan dua anak perempuannya, dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak itu, bulan lepas.

Jenayah

Polis Perlis Cari 56 Individu Dikehendaki

Polis Tumpas Geng Temenggong Di Daerah Kulai

Lelaki Bergelar Datuk Antara 18 Anggota Geng 04 Ditahan Di Pulau Pinang

Polis Berkas Tiga Sahabat Aktif Pecah Rumah

Lima Pekerja Kilang Ditahan Dipercayai Curi Gula

Mayat Pemilik Kedai Cuci Kereta Dijumpai Ditanam

Politik

Perhimpunan Agung UMNO Fokus PRU14, Tidak Bincang Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) pada bulan depan akan memfokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan tidak sama sekali membincangkan perkara berkaitan pemilihan parti, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sokongan Pengundi Kaum India Meningkat Di Terengganu

KEMAMAN, 13 Nov (Bernama) — Sokongan masyarakat India di Terengganu kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan mendadak berbanding ketika Pilihan Raya Uumum ke-13 (PRU13) yang lalu, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Agenda Melayu Akan Terus Terpinggir Daripada Perjuangan DAP – Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Suara dan agenda orang Melayu akan terus terpinggir daripada perjuangan DAP susulan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu semalam menyaksikan hanya dua pemimpin Melayu tersenarai.

Tidak Puas Hati Keputusan CEC, Perwakilan DAP Disaran Kemuka Aduan

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) — Perwakilan DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP 2017 semalam disaran mengemukakan aduan kepada jawatankuasa itu.

Calon Muda Monopoli PRU14 – Dr Subramaniam

SEREMBAN, 13 Nov (Bernama) — MIC akan mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda sebagai calon itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Pemuda BN Sabah Harus Bantu Belia Majukan Diri

KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) — Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan maklumat untuk memajukan diri mereka, sekali gus membolehkan golongan itu turut serta dalam membangunkan negara.

Sukan

Malaysia Sekali Lagi Tewas 1-4 Kepada Korea Utara

BURIRAM, 13 Nov (Bernama) — Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, di sini malam ini.

Program Podium Bantu Naikkan Semula Prestasi Atlet – Pandelela

SEPANG, 13 Nov (Bernama) — Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan Program Podium sangat signifikan dalam meningkatkan prestasi atlet untuk kekal konsisten walaupun terdapat atlet bergelut dengan masalah kecederaan.

Mohd Nafiizwan, Rachel Layak Ke Undian Utama Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Dua pemain skuasy negara – Mohd Nafiizwan Adnan dan Rachel Arnold berjaya menempah slot ke undian utama Terbuka Hong Kong selepas melepasi perlawanan akhir pusingan kelayakan di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini.

Kategori
Rangkuman Berita