Rangkuman Berita Malaysia 13 Ogos 2017

Rangkuman Berita Malaysia bertarikh 13 Ogos 2017

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

Pas Amal Politik Matang, Tidak Serang Semberono – Najib

MACHANG, 12 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS yang kini mengamalkan politik matang dan konstruktif tidak lagi membuat serangan semberono terhadap sesuatu isu.

UMNO Komited Lebih Ramai Wanita Bertanding Pada PRU-14 – TPM

BATU PAHAT, 12 Ogos (Bernama) — UMNO komited dalam memastikan lebih ramai wanita ditampilkan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mencapai hasrat 30 peratus kaum wanita sebagai pembuat dasar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Politik Matang UMNO Pagoh Perlu Dihormati – Ahmad Zahid

MUAR, 12 Ogos (Bernama) –Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata politik matang yang dipamerkan oleh UMNO Pagoh harus diterima dan dihormati bukan sahaja oleh barisan pemimpin UMNO Johor tetapi juga pemimpin UMNO di seluruh negara.

Negara

Najib Bersama Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) –Hujan renyai sejak pukul 7 malam tidak menghalang lebih 10,000 umat Islam berkumpul di Dataran Putra, di sini, untuk bersama-sama Perdana Menteri pada majlis ‘Doa untuk Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.

Najib Lulus RM8.5 Juta Projek Pembangunan Di Machang

MACHANG, 12 Ogos (Bernama) –Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan lebih RM8.5 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat di kawasan Parlimen Machang.

Pegawai Palapes Perlu Berani Tegakkan Kebenaran – Titah Agong

SHAH ALAM, 12 Ogos (Bernama) –Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini bertitah menyeru pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) agar mempunyai sikap berani menegakkan kebenaran, demi mengangkat martabat angkatan tentera di kaca mata masyarakat.

TAP Akan Dilancar Dalam Masa Terdekat – Hishammuddin

KOTA KINABALU, 12 Ogos (Bernama) — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Trilateral Air Patrol (TAP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu akan dilancarkan di Pangkalan Udara Subang dalam masa terdekat.

Hospital Cyberjaya Siap Pada 2020

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Hospital Cyberjaya, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan siap pada 2020, akan menjadi pelengkap kepada hospital-hospital awam di Selangor, selain mengurangkan kesesakan di hospital awam terdekat di Putrajaya dan Sepang.

STEM Untuk Pelajar Jadi Pekerja Berkemahiran Tinggi

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) — Kementerian Pendidikan menjalankan pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar bahawa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah penting untuk mempersiapkan pelajar menjadi pekerja berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan industri.

Mahdzir Saran Pendidikan Agama Di Sekolah Ditingkatkan

PORT DICKSON, 12 Ogos (Bernama) — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyarankan agar subjek pendidikan agama Islam di sekolah ditingkatkan bagi memastikan pelajar Islam menerima didikan asas agama yang cukup.

Rosmah Tekad Perluas Program Perkasa@remaja Walau Banyak Cabaran

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) –Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertekad memperluaskan program Pemerkasaan Remaja (Perkasa@remaja) di bawah Program Permata Negara (Permata) ke seluruh negara meskipun usaha itu menghadapi pelbagai cabaran.

Malaysia Anjur Minggu Pendidikan Di Kazakhstan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Malaysia akan menganjurkan Minggu Pendidikan di Ekspo 2017 di Astana, Kazakhstan bagi mempromosi negara sebagai hab pendidikan tinggi terbaik.

Kampung Baru Perlu Pembangunan Berlainan Untuk Terus Kekal

ALOR GAJAH, 12 Ogos (Bernama) –Corak pembangunan yang berlainan dan lebih berdaya saing dalam pelbagai aspek perlu dibangunkan untuk kampung-kampung baru bagi terus mengekalkannya pada masa hadapan.

KSU Kementerian Luar Ketuai Delegasi Ke Australia Dan New Zealand 14 Dan 16 Ogos

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama)–Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Rundingan Dua Hala Kementerian Luar dengan New Zealand pada Isnin (14 Ogos) di Wellington, dan Rundingan Pegawai-Pegawai Kanan Malaysia dengan Australia di Canberra, pada Rabu (16 Ogos).

Negeri

FMM : Pastikan Semakan Semula Rang Undang-undang EIS Yang Menyeluruh & Cekap

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan menimbang kebimbangan persekutuan itu dalam memastikan semakan semula ke atas Rang Undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) lebih menyeluruh dan cekap.

Koperasi Sekolah Seluruh Negara Catat Perolehan RM359.3 Juta Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Gerakan koperasi sekolah di seluruh negara mencatat perolehan berjumlah RM359.3 juta sehingga 31 Disember tahun lepas, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Kerajaan DAP Tidak ‘Sentuh’ Bangunan Haram Sebelum 2008

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) — Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Kerajaan Negeri Nafi Manipulasi Angka Unit Rumah Kos Rendah

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) –Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menafikan memanipulasi angka mengenai unit rumah kos rendah kerana angka itu diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan negeri.

Anak Exco Maut, Persidangan Pemuda UMNO Kubang Pasu Dihenti

JITRA, 12 Ogos (Bernama) –Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) dekat sini dihentikan sejurus selepas exco kerajaan negeri, Datuk Aminuddin Omar menerima berita kematian anaknya.

Lori Tangki Bawa Asid Kimia Terbalik Di Senawang

SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) — Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang, awal pagi tadi.

RUU 164 Beri Keadilan Kepada Semua Pihak

KUALA PILAH, 12 Ogos (Bernama)–Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164), merupakan rang undang-undang untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

Tangani Kes Buli Untuk Jadi Pengajaran – MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos (Bernama)–Kes buli dalam kalangan pelajar perlu ditangani dengan tindakan yang boleh menjadi pengajaran kepada pelajar lain agar tidak melakukan kesalahan sama, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Golongan Belia Perlu Terus Dibimbing Demi Kemajuan Negara

KUANTAN, 12 Ogos (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemimpin di negara ini agar sentiasa membimbing golongan belia supaya mereka mampu menjadi pelapis pemimpin negara serta insan yang berupaya menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

Subsidi, Insentif Bantu Stabil Harga Durian

PEKAN, 12 Ogos (Bernama) — Pemintaan yang tinggi berbanding bekalan yang berkurangan merupakan antara faktor harga durian sedikit meningkat tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Perkahwinan Diraja: Bermulanya Kehidupan Baharu Buat Tunku Tun Aminah, Dennis Muhammad

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) –Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sedang menyiapkan mahligai baharunya sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Murid Lelaki 12 Tahun Ditemukan Lemas

TANGKAK, 12 Ogos (Bernama) — Seorang murid lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebatang anak sungai di Kampung Sri Menanti, Batu 22 Sengkang, di sini dipercayai akibat dihanyutkan arus deras selepas bermandi-manda di anak sungai itu.

Lebih 450 Nelayan Kerugian Akibat Tumpahan Minyak

KOTA TINGGI, 12 Ogos (Bernama) — Lebih 450 nelayan termasuk 250 yang berdaftar dari empat kawasan perkampungan nelayan sekitar perairan Sungai Johor mengalami kerugian berikutan kejadian tumpahan minyak sebuah kapal yang berlabuh berhampiran jambatan Desaru-Senai dekat sini, dua hari lepas.

Sabah / Sarawak

Anggota Rela Model Peranan Perpaduan Kaum

TUARAN, 12 Ogos (Bernama) — Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) merupakan model peranan dan medium perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini, kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Semporna Rekod Kes Tibi Tertinggi Di Sabah

SEMPORNA, 12 Ogos (Bernama) –Kes batuk kering atau tibi di Semporna merekodkan 367 kes tahun lalu sekali gus menjadi penyumbang tertinggi kes di seluruh Sabah bagi tahun 2016, kata Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan Sulaiman.

Fadillah Puas Hati Kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo

KUCHING, 12 Ogos (Bernama)–Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo. Beliau berkata sebahagian besar isu tanah sudah diselesaikan tetapi menambah kerja-kerja pembinaan memerlukan pemantauan rapi kerana mungkin ada beberapa isu di tapak pembinaan yang perlu diselesaikan khususnya utiliti yang perlu dipindahkan.

 

Politik

Shahrizat Mahu Guna Sistem ‘Paperless’ Dalam Jentera JFR

CHUKAI, 12 Ogos (Bernama) — Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berhasrat mahu menggunakan kaedah ‘paperless’ dalam Jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus serta persidangan melibatkan Pergerakan Wanita UMNO di seluruh negara pada masa akan datang.

Dr Mahathir Perlu Benarkan SPRM Siasat Aset Sendiri, Anak – Tajuddin

PEKAN,12 Ogos (Bernama) –Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aset beliau dan anak-anak sekiranya benar tidak melakukan kesalahan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

32 PDM Semporna Diarah Bersedia Hadapi PRU14

SEMPORNA, 12 Ogos (Bernama) –Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mengarahkan Jentera UMNO di 32 pusat daerah mengundi (PDM) di sini bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lawan Tun M Mesti Mula Dari Kubang Pasu – Khairul Azwan

JITRA, 12 Ogos (Bernama) –Usaha serta strategi untuk mempertahankan parti keramat UMNO daripada terus diserang dan cuba dihancurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bermula di daerah Kubang Pasu, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun.

UMNO Sabah Beri Nikmat Pembangunan, Bela Nasib Rakyat – Musa Aman

SANDAKAN, 12 Ogos (Bernama) –Kewujudan UMNO Sabah telah memberi banyak nikmat kepada rakyat negeri ini dari segi pembangunan dan membela nasib rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ujian Mematangkan UMNO Sabah – Hishammuddin

SANDAKAN, 12 Ogos (Bernama) –Kematangan anggota UMNO Sabah membolehkan parti itu mendepani ujian tanpa menjejaskan perpaduan sesama mereka, baik di peringkat akar umbi mahupun pucuk pimpinan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ubah Persepsi Agar Tidak Merasa Diri Kerdil Perjuangkan Parti

BATU PAHAT, 12 Ogos (Bernama) –Anggota UMNO perlu mengubah persepsi dengan tidak berasa diri mereka kerdil dalam memperjuangkan parti selain menggunakan cara sendiri dalam memberi sumbangan kepada parti.

Anggota UMNO Perlu Hayati Slogan Parti – Reezal Merican

TAMPIN, 12 Ogos (Bernama) –Slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ diperlu digenggam kemas oleh seluruh anggota parti bagi memastikan parti terus kekal relevan pada masa akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sukan

Malaysia Berhak Sertai Semua Acara Takraw

PETALING JAYA, 12 Ogos (Bernama) –Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail menegaskan Malaysia, selaku tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), memiliki keistimewaan untuk menyertai lebih acara berbanding pasukan negara lain.

Gandingan Pemain Futsal Wanita Semakin Serasi

SHAH ALAM, 12 Ogos (Bernama) –Pasukan futsal wanita Malaysia kini semakin mantap dalam persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila mudah menewaskan China 6-2 dalam perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan Panasonic hari ini .

Sukan KL2017: Skuad Lelaki Azam Ulangi Pencapaian Bersejarah Edisi 1989

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Skuad bola keranjang lelaki negara berazam untuk mengulangi pencapaian bersejarah pada edisi 1989 dengan menampilkan aksi yang lebih terpuji pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.

Sukan SEA2017: Kontinjen Singapura Sedia Beri Yang Terbaik Pada Sukan SEA 2017

SEPANG, 12 Ogos (Bernama) — Kontinjen Singapura sedia untuk memberikan yang terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur yang bermula dengan sukan bola sepak pada Isnin ini.

Kategori
Rangkuman Berita