Rangkuman Berita Malaysia 12 Ogos 2017

Rangkuman Berita Malaysia bertarikh 12 Ogos 2017

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

Dasar Transformasi Perkhidmatan Awam Bukti Kerajaan Utamakan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dasar Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) adalah bukti kerajaan sentiasa meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan.

Pertahankan Rumah Umno, Jangan Dibiar Musnah – Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar anggota UMNO sama-sama mempertahankan ‘Rumah UMNO’ daripada dicerobohi oleh pihak luar, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah.

Negara

LHDNM Nafi Keluar E-Mel Notifikasi Bayaran Balik Kepada Pembayar Cukai

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini menafikan pihaknya menghantar e-mel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai seperti yang tersebar di media sosial.

Bajet 2018: Program Latihan Perlu Berfokus Tangani Keperluan B40, M40

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) — Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 hari ini mengusulkan agar program latihan kemahiran untuk golongan muda daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) perlu berfokus berdasarkan minat dan kebolehan mereka.

Anggota Parlimen Disaran Tanam Pokok – Landskap Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Setiap anggota Parlimen disaran menanam satu pokok di sekitar bangunan Parlimen dalam usaha memperbanyakkan kawasan hijau dan memulihara alam sekitar.

Raus Dipilih Presiden Ke-4 AACC

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) — Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dipilih sebagai Presiden ke-4 Association of Asian Constitutional Court and Equivalent Institutions (AACC).

Ganti Pemanas Air Elektrik Berusia Lebih 10 Tahun – Suruhanjaya Tenaga

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menasihati pengguna menggantikan alat pemanas air elektrik model lama, terutamanya yang berusia lebih 10 tahun, kerana ia tidak menepati spesifikasi keselamatan terkini.

Asing Gelas Tidak Ikut Pekeliling – Mahdzir Khalid

KUALA NERANG, 11 Ogos (Bernama) — Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam dilihat tidak bertepatan serta bersesuaian dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan sedia ada.

Ateis: JAWI Pantau Penglibatan Umat Islam

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memantau dan menyiasat jika terdapat kumpulan umat Islam terlibat dalam perhimpunan gerakan ateis menerusi Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur, yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

Populasi Gajah Liar Di Semenanjung Malaysia Sekitar 1,450 Ekor

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Anggaran populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia kini adalah sebanyak 1,220 hingga 1,450 ekor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

RUU Perkahwinan, Perceraian Bukan Kekalahan Kepada Orang Islam – Pakar Undang-undang

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Rang Undang-undang (RUU) berhubung perkahwinan dan penceraian yang diluluskan Dewan Rakyat semalam bukan merupakan kekalahan kepada orang Islam seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Nama Calon Pengerusi Mara Diserah Kepada PM Dalam Tempoh Terdekat

PASIR PUTEH, 11 Ogos (Bernama) — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

Usaha Banteras Jenayah Perlu Ditambah Baik

PUTRAJAYA 11 Ogos (Bernama) — Mesyuarat Jawatankuasa Multimedia dan Komunikasi Korporat bagi program membanteras jenayah di bawah kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara kerajaan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju supaya usaha ke arah itu perlu terus ditambah baik daripada pelbagai aspek termasuk penggunaan pendekatan teknologi baharu.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara Sering Terbakar – Kementerian

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kejadian kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Sepang, Selangor merupakan kawasan hutan tanah gambut yang sering terbakar.

Ibadah Haji 1438H

Haji: Elak Terdedah Lama Di Kawasan Terbuka

JEDDAH, 11 Ogos (Bernama) — Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya banyak minum air, elak terdedah terlalu lama di kawasan terbuka serta mendapatkan rehat secukupnya berikutan perubahan cuaca sehingga kadang kala mencecah 43 darjah celsius di Tanah Suci Makkah.

Arwah Suami Rancang Iktikaf Di Masjidil Haram

MAKKAH, 11 Ogos (Bernama) — Jemaah haji Malaysia, Mohd Ghazali Abd Rahim yang meninggal dunia di Madinah, Sabtu lepas akibat jangkitan kuman pada paru-paru, mempunyai banyak perancangan bersama isterinya, Fatimah Zaharah Ghazalli, untuk melakukan ibadah di Tanah Suci ini.

Cacat Penglihatan Tidak Halang Laksana Ibadah Di Tanah Suci

MAKKAH, 11 Ogos (Bernama) — Jemaah haji Malaysia, Hasnah Shawal tidak menganggap kekurangan pada dirinya yang cacat penglihatan membataskan hasrat beliau untuk melakukan ibadah di Tanah Suci ini.

Negeri

Kemuncak Fenomena Pancuran Meteor Perseid 13 Ogos Ini

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Kemuncak fenomena pancuran meteor Perseid akan dapat dilihat di ruang angkasa negara pada sekitar 1 pagi Ahad ini (13 Ogos).

KPKT Rancang Bina PPR Untuk Golongan M40 – Noh

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) — Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi keperluan penduduk golongan M40.

Katerer Terkenal Pak Engku Meninggal Dunia

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) — Pemilik Kuzie Katering, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan meninggal dunia di Hospital Pakar DEMC di sini malam ini akibat penyakit kencing manis.

Perak Sokong Pembuli Dibuang Sekolah

TAIPING, 11 Ogos (Bernama) — Kerajaan negeri menyokong penuh sekiranya hukuman buang sekolah dikenakan terhadap pelajar yang membuli berikutan kes itu dilihat semakin membimbangkan.

Asing Cawan Di Sekolah, Tidak Gambar Agama Islam Sebenar – Zambry

LUMUT, 11 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dasar sebuah sekolah kebangsaan di Hulu Langat, Selangor yang mengasingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacitakan dan tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Bayi Maut, Kereta Dinaiki Rempuh Pacuan Empat Roda Langgar Isyarat

LUMUT, 11 Ogos (Bernama) — Seorang bayi perempuan berumur dua bulan maut selepas kereta yang dipandu ibunya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat di Km 14 Jalan Lumut-Ipoh, di sini malam tadi.

Kembara Kerjaya ‘Train Ride 2.0’ Zon Selatan 18-20 Ogos

SEREMBAN, 11 Ogos (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan program Kembara Kerjaya ‘Train Ride 2.0’ bagi zon selatan pada 18 hingga 20 Ogos ini.

Penduduk Tiga Kampung Di Jerantut Diancam Gajah Liar

JERANTUT, 11 Ogos (Bernama) — Lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung di daerah ini diancam serangan 11 ekor gajah liar sejak seminggu lalu menyebabkan lebih 50 hektar kawasan kebun pisang dan kelapa sawit mereka turut musnah.

Mayat Warga Asing Ditemui Di Tepi Lebuh Raya

JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) — Mayat seorang warga asing ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan di Km 89.5 arah utara berhampiran Yong Peng, Batu Pahat awal pagi tadi.

Sabah / Sarawak

Kastam Sabah Rampas 8,000 Kg Sisik Tenggiling Bernilai RM100 Juta

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan satu cubaan menyeludup keluar kira-kira 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta dalam satu rampasan di Pelabuhan Sepanggar akhir bulan lepas.

KPDNKK Sabah Rampas Sabun Pencuci Tiruan Bernilai RM14,125

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah merampas sebanyak 3,145 unit serbuk sabun pencuci tiruan bernilai RM14,125 dalam lima serbuan serentak, semalam.

Anggota Parlimen Labuan Temui Zahid Bincang Isu Pembangunan

LABUAN, 11 Ogos (Bernama) — Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkembangan isu berkaitan pusat kewangan antarabangsa Malaysia di Labuan, pada Khamis.

Dua Pekerja Tapak Pembinaan Maut Dihempap Kren

KOTA SAMARAHAN, 11 Ogos (Bernama) — Dua pekerja maut akibat dihempap plantar kren yang tumbang di tapak projek perumahaan Taman Capital Tanjung Tuang di sini petang tadi.

Isu Berterusan

Keputusan Permohonan Perdana Menteri Batal Saman Tony Pua 13 Okt

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Okt untuk keputusan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia bagi membatalkan saman Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemandu Peribadi Cederakan Dua Beranak Dipenjara

KUALA LUMPUR 11 Ogos (Bernama) — Seorang pemandu peribadi dihukum penjara empat tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pemandu lori dan anaknya.

Peguam Dipenjara Sembilan Bulan, Denda RM10,000 Ugut Cedera, Bunuh Peguam

PETALING JAYA, 11 Ogos (Bernama) — Seorang peguam dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengugut seorang peguam dengan mengeluarkan kata-kata ugutan hendak menyebabkan cedera parah dan kematian, tiga tahun lalu.

Perbicaraan Rasuah Air Sabah Ditangguh Ke Tahun Depan

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi, yang berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Jenayah

Kastam Kedah Patahkan Cubaan Seludup Ganja Bernilai RM396,900

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Cyberjaya

Dadah RM1.7 Juta Diseludup Dalam Bekas Air Di KLIA

Individu Ditahan Menyamar Doktor Di Hospital Sultanah Bahiyah

Politik

Masyarakat Siam Digesa Tidak Mudah Terpengaruh Janji Pembangkang

PENDANG, 11 Ogos (Bernama) — Masyarakat Siam di Kedah diingatkan agar terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah banyak berjasa kepada masyarakat minoriti Siam sejak negara mencapai kemerdekaan.

PRU 14: Jangan letak calon wanita di kawasan hitam

ALOR SETAR 11 Ogos – Wanita Barisan Nasional (BN) berharap barisan ke­pemimpinan parti kom­ponen itu supaya tidak mele­takkan calon wanita di kawasan hitam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pembangkang parti pembenci

PASIR PUTEH 11 Ogos – Pakatan pembangkang dike­tuai DAP tidak melaksanakan tugas sebagai pembangkang secara profesional ke­rana hanya menghentam kerajaan membuta tuli dalam semua aspek termasuk dalam perkara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pemuda UMNO Kedah gesa siasat anak Dr. M

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pemuda UMNO Kedah menggesa agar pihak berkuasa membuka kertas siasatan khas bagi menyi­asat sekiranya wujud salah laku korporat syarikat-syarikat milik anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin perlu beri perhatian titah Sultan Selangor

SHAH ALAM 11 Ogos – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali perlu memberi perhatian berkenaan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membantu rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Guan Eng jadilah ‘anak jantan’ – Cheng Guan

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Lim Guan Eng sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan kes dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya namanya dapat dibersihkan, sekali gus membuktikan pertuduhan itu hanya ‘taktik’ kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang DAP.

Sukan

Orang Ramai Dinasihat Beli Tiket Lebih Awal

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan sukan secara langsung pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan di saat akhir.

KL2017 : Acara Menaikkan Bendera Berlangsung Rabu

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) — Acara menaikkan bendera negara-negara yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijadual berlangsung di perkarangan, Stadium Nasional , Bukit Jalil pada 16 Ogos ini.

Filipina Pilih Malaysia Jaguh Bola Sepak Sukan SEA

SEPANG, 11 Ogos (Bernama) — Jurulatih pasukan bola sepak Filipina bawah 23 (B-23) Marlon Maro percaya Malaysia mempunyai kelebihan untuk merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

 

Kategori
Rangkuman Berita