‘Jodoh tidak kenal paras rupa’ – atlit paralimpik

Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami
KAMPAR: Kekurangan diri bukan penghalang untuk atlit paralimpik mencipta kejayaan di bidang sukan tetapi juga bahagia bertemu jodoh.

Pertemuan tanpa dirancang ketika mewakili negara dalam Sukan Asia Paralimpik, Incheon, Korea tiga tahun akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Majlis persandingan kedua-dua atlit paralimpik negara yang istimewa ini, Mohd Shahmil Md Saad, 31 dan Rafidah Mohamad Shahir, 38, yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampar diadakan begitu sederhana tetapi meriah pada Ahad.

Lebih menarik, Shahmil yang merupakan atlit angkat berat negara serta Rafidah yang merupakan atlit boling turut diarak oleh rakan-rakan atlit paralimpik seperjuangan negara pada hari persandingan mereka.

 Kekurangan diri bukan penghalang untuk atlit paralimpik mencipta kejayaan di bidang sukan tetapi juga bahagia bertemu jodoh.  Pertemuan tanpa dirancang ketika mewakili negara dalam sukan Sukan Asia Paralimpik, Incheon, Korea tiga tahun akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.  Majlis persandingan kedua-dua atlit paralimpik negara yang istimewa ini, Mohd Shahmil Md Saad, 31 Dan Rafidah Mohamad Shahir, 38, yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampar diadakan dengan begitu meriah sekali pada Ahad.  Lebih menarik, Shahmil yang merupakan atlit angkat berat negara serta Rafidah yang merupakan atlit boling turut diarak oleh rakan-rakan atlit paralimpik seperjuangan negara pada hari persandingan mereka.  Walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki, Shahmil tampak begitu segak dan yakin memimpin isterinya, Rafidah yang ayu berbusana selain diraikan dengan begitu meriah oleh sekitar 500 pengunjung.  Rafidah dan Shahmil ketika ditemui Astro AWANI berkata, selain berasa bersyukur kerana dipertemukan sewaktu membawa nama Malaysia, mereka juga berharap perkahwinan itu akan berkekalan sehingga ke jannah.  Dalam pada itu, Shahmil mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan seorang wanita istimewa dan memahami kerjayanya sebagai seorang atlit paralimpik negara.  "Bukan semua yang dapat menerima keadaan saya seperti ini, dan memahami bidang tugas kerjaya saya yang tidak tentu, jadual yang ketat dan sebagainya.  "Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.  Bagi Rafidah sesi perkenalan mereka bermula sebagai seorang sahabat ketika mewakili negara pada Sukan Asia Paralimpik di Incheon, Korea.  Katanya, sepanjang perkenalan dan persahabatan dia amat selesa dengan layanan Shahmil sebelum lelaki yang kini suaminya itu melamarnya.  "Saya sendiri tak percaya pemilihan mewakili negara ke luar merupakan satu takdir untuk kami berdua mendirikan rumah tangga pada hari ini," katanya.  Dalam majlis itu, pasangan tersebut turut berkesempatan melakukan dua perkahwinan serentak bersama adik lelaki kepada Rafidah.  Majlis yang cukup sederhana itu jelas membuktikan bahawa cinta dan jodoh tidak mengenal erti paras rupa dan fizikal seseorang malah kebahagiaan tersebut turut dikongsi bersama rakan-rakan paralimpik seangkatan yang lain.

Rakan paralimpik lain juga tidak melepaskan peluang bersama-sama pda hari bersejarah pasangan pengantin itu.

Walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki, Shahmil tampak begitu segak dan yakin memimpin isterinya, Rafidah yang ayu berbusana selain diraikan dengan begitu meriah oleh sekitar 500 pengunjung.

Rafidah dan Shahmil ketika ditemui Astro AWANI berkata, selain berasa bersyukur kerana dipertemukan sewaktu membawa nama Malaysia, mereka juga berharap perkahwinan itu akan berkekalan sehingga ke jannah.

Dalam pada itu, Shahmil mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan seorang wanita istimewa dan memahami kerjayanya sebagai seorang atlit paralimpik negara.

“Bukan semua yang dapat menerima keadaan saya seperti ini, dan memahami bidang tugas kerjaya saya yang tidak tentu, jadual yang ketat dan sebagainya.

“Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Bagi Rafidah sesi perkenalan mereka bermula sebagai seorang sahabat ketika mewakili negara pada Sukan Asia Paralimpik di Incheon, Korea.

Katanya, sepanjang perkenalan dan persahabatan dia amat selesa dengan layanan Shahmil sebelum lelaki yang kini suaminya itu melamarnya.

“Saya sendiri tak percaya pemilihan mewakili negara ke luar merupakan satu takdir untuk kami berdua mendirikan rumah tangga pada hari ini,” katanya.

Dalam majlis itu, pasangan tersebut turut berkesempatan melakukan dua perkahwinan serentak bersama adik lelaki kepada Rafidah.

Majlis yang cukup sederhana itu jelas membuktikan bahawa cinta dan jodoh tidak mengenal erti paras rupa dan fizikal seseorang malah kebahagiaan tersebut turut dikongsi bersama rakan-rakan paralimpik seangkatan yang lain.

Kategori
Sukan