Zahid Tolak Spekulasi Pengumuman Bubar Parlimen Petang Ini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi kononnya pembubaran parlimen akan diumumkan dalam sidang media khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi kononnya pembubaran parlimen akan diumumkan dalam sidang media khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta semua pihak tidak menyebarkan berita palsu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Arau di sini pagi tadi.

Zahid dilaporkan akan memendekkan lawatannya di Perlis bagi menghadiri sidang media tersebut.

Najib dijadual membuat satu pengumuman penting pada petang ini.

Perkara itu akan diumumkan pada sidang media di ibu pejabat Umno di Menara Dato ‘Onn, Kuala Lumpur pada pukul 4.45 petang.

Memetik laporan The Star Online, kesemua ahli Majlis Tertinggi Umno menerima jemputan malam tadi dari setiausaha agung parti untuk menghadiri persidangan media itu.

Bagaimanapun, portal itu yang memetik sumber menafikan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Pemimpin Umno juga mengambil pendekatan mengunci mulut bersabit agenda petang ini.

 

 

Kategori
Politik