Wjud Campurtangan Politik di Sebalik Arahan RoS Terhadap DAP

"Saya dimaklumkan CEC akan bersidang tergempar pada hari ini. Walaubagaimanapun, saya berasa amat kecewa kerana RoS mengambil masa yang lama untuk membuat satu keputusan yang paling mudah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujudnya campur tangan politik berkaitan arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya DAP mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru.
Ujarnya, pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid dengan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkenaan ‘nasib’ parti DAP itu sudah cukup untuk menggambarkan wujudnya campur tangan tersebut.
“Saya dimaklumkan CEC akan bersidang tergempar pada hari ini. Walaubagaimanapun, saya berasa amat kecewa kerana RoS mengambil masa yang lama untuk membuat satu keputusan yang paling mudah.
“Saya kira ini membuktikan ada tangan-tangan politik yang mencampuri keputusan tersebut. Sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa beliau akan bertemu dengan RoS, keputusan dibuat RoS.
“Apa maknanya? Saya rasa ini satu perkara yang amat malang,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Selangor Fruits Valley di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin berkata pihaknya sudah menjangkakan tekanan-tekanan sebegini yang dilihat bertujuan melumpuhkan pergerakan Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu berkata kemungkinan perubahan baru dalam parti komponen PH tersebut tidak menjejaskan pakatan itu sama sekali.
“Tidak sama sekali. Sudah menjadi posisi kami dari awal, melakukan perubahan besar dalam keseluruhan sistem-sistem negara ini.
“Termasuk institusi demokratik dan juga semua agensi supaya mereka bertindak lebih ¬†professional dan tidak dibenarkan dipengaruhi oleh tangan-tangan politik,” ujarnya.
Semalam RoS meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ini kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.
Mohamad Razin berkata, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baru untuk memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.
Kategori
Politik