PAS puas hati penjelasan Pelan Rasionalisasi Penyelesaian Kemelut 1MDB

"Kita berpuas hati dengan penerangan oleh Arul khususnya pelan rasionalisasi yang dicadangkan oleh beliau dalam mengatasi kemelut yang berlaku dalam 1MDB.

PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi bagi menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun mahukan Kementerian Kewangan melaporkan setiap perkembangan bersabit rancangan pemulihan itu kepada wakil rakyat di Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum itu bersama kira-kira 30 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat mendengar penjelasan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Turut menghadiri perjumpan tertutup itu adalah tokoh jemputan antaranya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kita berpuas hati dengan penerangan oleh Arul khususnya pelan rasionalisasi yang dicadangkan oleh beliau dalam mengatasi kemelut yang berlaku dalam 1MDB.

“Saya harap bahawa isu-isu begini mesti dipantau langsung melalui Parlimen. Maknanya menteri di Parlimen perlu melaporkan kepada ahli Parlimen supaya ahli Parlimen kita dapat ikuti setiap perkembangan,” tegas Tuan Ibrahim dalam sidang medianya, di Hotel De’Palma Ampang, hari ini.

Perjumpaan tertutup selama lebih tiga jam itu Arul turut menunjukkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada mereka.

Tuan Ibrahim kemudiannya mengulangi gesaan agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu, sebelum Arul menyertai 1MDB.

“PAS juga cadangkan RCI diwujudkan bagi menyiasat perkara-perkara yang berlaku yang membawa kemelut dalam isu 1MDB. Sebelum saudara Arul diterima masuk dan cadangkan rasionalisasi tersebut.

“Cadangan ini telahpun dikemukakan Presiden PAS, pada 13 Oktober 2015, supaya diadakan RCI untuk isu 1MDB,” ujarnya.

Kategori
Politik