DAP Sepatutnya Dibatalkan

“Sepatutnya DAP dihukum dengan dibatalkan pendaftaran parti itu kerana telah melakukan banyak kesalahan dalam tempoh empat tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor menegaskan parti itu sepatutnya dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS).

Ujarnya, keputusan RoS mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai tidak adil kepada ahli yang membuat aduan dan telah disingkirkan.

Menurutnya, keputusan berkenaan seolah-olah menunjukkan DAP merupakan sebuah parti politik yang terlalu kebal sehingga kerajaan tidak berani mengambil tindakan tegas.

“Sepatutnya DAP dihukum dengan dibatalkan pendaftaran parti itu kerana telah melakukan banyak kesalahan dalam tempoh empat tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam RoS meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ini kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohamad Razin berkata, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baru untuk memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.

Kategori
Politik