PM Najib kutuk serangan di New York

Ingatan dan doa saya untuk New York. Mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa hari ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan rempuhan trak yang menyebabkan lapan terbunuh dan puluhan lagi cedera di Lower Manhattan, New York.

Datuk Seri Najib menerusi akaun Twitter rasminya menyifatkan serangan pada tengah hari Selasa itu sebagai tindakan pengecut terhadap orang awam.

 

“Ingatan dan doa saya untuk New York. Mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa hari ini.

“Kami bersama-sama berdiri teguh menentang tindakan pengecut terhadap kemanusiaan,” tulis beliau.

Dalam kejadian yang dianggap sebagai serangan pengganas itu, suspek berusia 29 tahun memandu sebuah trak sewa dan merempuh penunggang basikal serta pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah.

Suspek kemudian dilapor keluar daripada kenderaan sambil memegang dua senapang iaitu senapang angin dan senapang ‘paintball’, sebelum ditembak di perut oleh polis dan ditahan sejurus kemudian.

Kategori
BeritaDunia