TMJ sumbang bas buat skuad kebangsaan

Bas yang dilengkapi 44 tempat duduk itu akan digunakan untuk membawa pemain ke semua destinasi perlawanan atau program yang diatur oleh FAM.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyumbang sebuah bas kepada skuad kebangsaan.

Menurut kenyataan media FAM, bas berkenaan adalah untuk kemudahan skuad kebangsaan menghadiri sesi latihan dan perlawanan dalam negara.

Bas yang dilengkapi 44 tempat duduk itu akan digunakan untuk membawa pemain ke semua destinasi perlawanan atau program yang diatur oleh FAM.

“Pihak FAM dan barisan pemain serta kakitangan skuad kebangsaan menjunjung kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden FAM atas kurniaan sebuah bas baharu kepada pasukan kebangsaan,” menurut FAM.

Pemberian bas itu disempurnakan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

— BERNAMA

Kategori
BeritaNasionalSukan