Senaman yoga umum pupuk kesedaran kesihatan tubuh, minda

"Ia merupakan senaman yang boleh dilakukan mereka yang muda dan tua," kata Kayveas kepada pemberita selepas merasmikan acara senaman yoga, Hari Yoga Sedunia di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Senaman yoga dapat memanfaatkan dalam memberi fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.

Yoga juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain. Ia juga satu senaman holistik yang boleh dipraktikkan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

Menurut Penasihat Menteri Pengangkutan dan Presiden MyPPP, Tan Sri M.Kayveas, senaman yoga berlandaskan kesihatan and regangan otot yang penting dalam penjagaan kesihatan holistik.

“Ia merupakan senaman yang boleh dilakukan mereka yang muda dan tua,” kata Kayveas kepada pemberita selepas merasmikan acara senaman yoga, Hari Yoga Sedunia di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Acara tahunan itu dihadiri kira-kira 3,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang mula berkumpul seawal jam 4 pagi tadi.

Bertemakan ‘Yoga for Harmony & Peace’, sambutan Hari Yoga Sedunia (HYS) edisi ketiga acara itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan.

Hari Yoga Sedunia diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 11, 2014 unjuran susulan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Acara senam umum hari ini turut memuatkan ucapan Modi yang disiarkan melalu layar putih gergasi.

Kategori
BeritaNasional