RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 14 JULAI 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 14 JULAI 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Sebat Di Khalayak Hanya Untuk Orang Islam Kelantan – Zahid

KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TPM Tekad Tangani Masalah Projek Tertangguh Di Sarawak

SRI AMAN, 13 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membulatkan tekad untuk melakukan segala yang termampu olehnya bagi menangani sebarang masalah berkaitan projek-projek kerajaan buat kemudahan rakyat di Sarawak yang tertangguh.

Najib Terima Kunjungan Hormat TPM Vietnam

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Vietnam Truong Hoa Binh di pejabat beliau di sini hari ini.

Najib Puas Hati Kelancaran Perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkran rasa puas hati terhadap kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).

Ahmad Zahid Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Rabies

KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghulurkan sumbangan peribadi RM60,000 kepada keluarga dua beradik yang meninggal dunia akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila, 4 Julai lepas.

Kerajaan Pertimbang Insentif Atlet Sumbang Pingat Di Deaflympics

PETALING JAYA, 13 Julai (Bernama) — Kerajaan akan mempertimbang pemberian insentif kepada atlet pekak yang berjaya menyumbang pingat di Temasya Sukan Deaflympics ke-23 yang bakal berlangsung di Samsun, Turki dari 18 hingga 30 Julai ini.

 

Negara

Peruncit Perlu Menggaji Intelektual Untuk Tingkat Produktiviti – Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Peruncit perlu menggaji rakyat Malaysia yang berpendidikan, intelektual dan bermaklumat untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

Galeri Petronas Lancar Pameran Paparkan Transformasi Negara

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Galeri Petronas hari ini melancarkan pameran untuk memaparkan bagaimana seni bina Malaysia telah membentuk transformasi negara dalam tempoh sebelum dan selepas merdeka pada tahun 1950an dan 1960an.

Pengamal Media Kagum Kehebatan Stesen MRT Bawah Tanah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Pengamal media ternyata kagum dan terpikat dengan kehebatan reka bentuk stesen Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah laluan Sungai Buloh-Kajang apabila mereka berpeluang melakukan lawatan ke beberapa stesen itu sebelum perkhidmatannya dilancarkan secara rasmi pada Isnin depan.

Kelantan Punyai Prerogatif Lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

KOTA TINGGI, 13 Julai (Bernama) — Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.

Terengganu Laksana Enakmen Jenayah Syariah Jika Semua Setuju – MB

Hukuman Sebat Di Tempat Awam Selepas Enakmen Diwartakan

Hukuman Sebat Di Kelantan Tidak Akan Jejas Kedatangan Pelancong – Nazri

Program PLKN Kumpulan 2 Siri 14 Bermula Khamis

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Kemasukan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi Kumpulan 2 Siri 14/2017 akan bermula Khamis ini hingga 13 Sept, kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Semua PBT Digesa Guna Pakai Garis Panduan Kawalan Pembiakan Tikus

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengguna pakai garis panduan kawalan pembiakan tikus yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai usaha membendung penularan penyakit bawaan haiwan berkenaan.

KPDNKK: 1,428 Aduan Diterima Berhubung Penipuan Urusniaga Dalam Talian

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Sebanyak 1,428 aduan berhubung penipuan urusniaga dalam talian diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tahun ini.

50 Kekosongan Jawatan Gred19 Dalam JPJ Perlu Diisi

IPOH, 13 Julai (Bernama) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan 50 kekosongan jawatan pegawai penguat kuasa gred19 sehingga akhir tahun ini, selepas mendapat arahan untuk mengisi kekosongan jawatan itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Program MM2H Sumbang Lebih RM12 Bilion Kepada Ekonomi Setempat

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) menyumbang kira-kira RM12.8 bilion kepada ekonomi tempatan sejak ia diperkenalkan pada 2002 hingga sekarang, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Chong Yakin Kementerian Kewangan Akan Salur Peruntukan Khas Kepada Smjk Pada Tahun Ini

SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) — Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon berkata beliau yakin Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan khas kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di seluruh negara tahun ini walaupun ia tidak disebut dalam belanjawan.

Kanak-kanak Perempuan Mangsa Ketiga Rabies Meninggal Dunia – KP Kesihatan

KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga wabak penyakit anjing gila atau rabies disahkan meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

FAMA Sasar Pengeluaran 350,000 Tan Metrik Buah-Buahan Dan Sayuran

ALOR SETAR, 13 Julai ( Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan pengeluaran 350,000 tan metrik buah-buahan dan sayur-sayuran dengan anggaran nilai jualan RM300 juta menjelang 2020.

JPNM Naik Taraf Kelengkapan Pembelajaran 200 Tabika

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran di 200 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara pada tahun ini.

Notis TNB Mengenai Rumah Berkunci Tulen – TNB

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mengenai satu posting di medai sosial yang mendakwa notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ sebagai notis palsu bagi tujuan rompakan.

Imigresen Gesa Masyarakat Lapor Tentang PATI

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera.

Empat Universiti Penyelidikan Malaysia Melonjak Antara 23 Terbaik Dunia

SERDANG, 13 Julai (Bernama) — Empat universiti awam Malaysia berstatus universiti penyelidikan yang berusia di bawah 50 tahun kini tersenarai dalam kelompok 23 universiti terbaik dunia.

MH17: Keluarga Waris Berhimpun Bagi Upacara Peringatan

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama)  Satu upacara peringatan bagi menandakan ulang tahun ketiga tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014, diadakan secara tertutup di sini hari ini.

Industri Jagung Bijirin Sumber Pendapatan Baharu Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) ? Penanaman jagung bijirin sebagai industri baharu bagi memenuhi keperluan makanan ternakan negara bakal memberi peluang kepada pengusaha kecil-kecilan khususnya generasi muda untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda Kepada 9 Sept

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi tahun ini (2017) dipinda daripada 29 Julai kepada Sabtu, 9 Sept.

Jakim Mahu Perluaskan Tawaran Biasiswa Pendidikan Mualaf

KANGAR, 13 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tertarik untuk melebarkan inisiatif dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menawarkan biasiswa kepada mualaf bagi melanjutkan pendidikan.

MRT Mampu Kurangkan 160,000 Kenderaan Ke Pusat Bandar

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai ini.

 

Negeri

Dua Kanak-kanak Lima Tahun Ditemukan Terapung, Seorang Lemas

KUALA NERANG, 13 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima tahun ditemukan terapung di sebuah kolam terbiar di Kampung Sena, dekat sini petang tadi.

Pokok Tumbang Dan Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Hujan lebat dan ribut sejak kira-kira pukul 9 malam tadi menyebabkan pokok tumbang dan insiden bumbung bangunan terjatuh di beberapa kawasan di ibu negara.

Bom:Reman Lelaki Disambung, Motif Utama Diperinci

KLANG, 13 Julai (Bernama) — Reman seorang lelaki, yang ditahan polis pada Isnin kerana disyaki memasang bom buatan sendiri pada kereta bekas kekasihnya, disambung sehingga esok bagi memperinci siasatan motif utama perbuatan itu.

SPAN Kesan Kes Curi Air Libatkan Kerugian Lebih RM200,000

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengesan satu kes kecurian air di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri di Jalan Rasa Sayang, Cheras, di sini, melibatkan kerugian kira-kira RM221,482 sejak Januari tahun lepas.

Lukisan Karya Mangsa MH17 Dicetak Pada Kemeja-T

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Lukisan karya Allahyarham Muhammad Afif Tambi, seorang daripada mangsa tragedi penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014, diabadikan pada kemeja-T untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah surau di Kuching, Sarawak.

APMM Selangor Patahkan Cubaan Seludup 4,050 Karton Rokok

PELABUHAN KLANG, 13 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup 4,050 karton rokok putih bernilai RM231,336 ke negara ini dengan penahanan sebuah bot pancung dan sebuah lori di pesisir Pantai Sungai Tengkorak di Tanjong Karang semalam.

Agensi Penguat Kuasa Boleh Mohon Bantuan Polis Bagi Operasi Berisiko

TUMPAT, 13 Julai (Bernama) — Agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan boleh mendapatkan bantuan daripada polis dalam melaksanakan sesuatu operasi yang berisiko dari segi keselamatan.

133 Pelajar Kolej Vokasional Bukit Minyak Keracunan Makanan

GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) — Sejumlah 133 pelajar Kolej Vokasional Bukit Minyak, di sini mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas makan tengah hari di dewan makan asrama kolej itu semalam.

Kes Tahanan Lari: Lapan Anggota Polis Bebas Reman

GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) — Lapan anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri awal pagi Ahad lepas, dibebas dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman mereka tamat hari ini.

DBKL Rampas 550 Unit PPR, Perumahan Awam

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 550 daripada 45,000 unit rumah yang disewakan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sejak Januari lepas berikutan perlanggaran beberapa syarat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ibu Bapa Angkat Kanak-kanak Mangsa Dera Dibebas

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) — Ibu bapa keluarga angkat kepada kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera Muhamad Al Fateh Abdullah yang direman berkaitan kematian kanak-kanak itu sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

20,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Putrajaya

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung.

MADA Perkenal Silibus Sembur Racun Guna Dron

ALOR SETAR, 13 Julai (Bernama) — Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memperkenalkan silibus pembelajaran penggunaan dron kepada pelatih Pusat Latihan Padi MADA dalam usaha memperluaskan penggunaan dron bagi menyembur racun secara komersial dalam sektor penanaman padi.

Projek Lampu Jalan Kampung Negeri Sembilan Siap Oktober

SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) ? Pemasangan 4,337 unit lampu di bawah Projek Lampu Jalan Kampung fasa lapan (LJK8) melibatkan 433 kampung di lapan kawasan Parlimen di Negeri Sembilan, dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini.

Anggota FOK KPDNKK Kelantan Dipertingkat Lindungi Kepentingan Pengguna

KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) — Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan memperkasa Friends Of KPDNKK (FOK) bagi terus melindungi hak dan kepentingan pengguna dengan sasaran 3,000 anggota bagi setiap daripada 14 kawasan parlimen di negeri ini.

Polis Siasat Pesara Kerajaan Dakwa Dikasari Pegawai Polis Di Taiping

TAIPING, 13 Julai (Bernama) — Polis sedang menyiasat laporan seorang pesara kerajaan yang mendakwa dikasari pegawai polis di depan sebuah tadika di Jalan Taming Sari, di sini hari ini.

Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Secara Haram

MELAKA, 13 Julai (Bernama) — Tindakan tegas undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan penerokaan hutan secara haram di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

LPJ Beri Kerjasama Penuh Siasatan Kehilangan Peralatan Radar

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) — Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, baru-baru ini.

Polis Dekati Masyarakat Orang Asli Di Segamat

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) — Seramai 150 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menyertai program Kembara Kapcai Back to Nature 2017 bersama masyarakat Orang Asli di Bekok, Segamat mulai hari ini.

Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Johor terus komited membangunkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli di negeri ini dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan sektor agropelancongan di perkampungan masyarakat Orang Asli.

Gagal Kutip Sampah Domestik, SWM Beri Notis Kepada Subkontraktor

SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) — Masalah sampah domestik yang tidak dikutip di sekitar Taman Permai Fasa 2 di sini baru-baru ini adalah berpunca daripada subkontraktor yang gagal mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan, kata Pengurus Operasi Wilayah SWM Melaka dan Negeri Sembilan Hisham Hussin.

Tiga Kanak-kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Tiga kanak-kanak merupakan antara 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di beberapa rumah sewa di Sepang, dekat sini awal pagi ini.

MBI Bakal Selaras Perniagaan Dengan Beberapa GLC

ALOR SETAR 13 Julai (Bernama) — Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bakal menyelaraskan semua aspek perniagaannya bersama beberapa syarikat milik kerajaan negeri (GLC) yang lain bagi memastikan tidak berlaku pertindihan perniagaan antara mereka.

Lelaki Rentung, Kereta Terbabas Dan Terbakar

IPOH, 13 Julai (Bernama) Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas dan dirempuh sebuah kereta di Km321.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran susur keluar Tapah, di sini, awal pagi ini.

 

Sabah / Sarawak

Keputusan Terbaik Sarawak Tubuhkan Malaysia Dengan Sabah, Tanah Melayu

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Sarawak membuat keputusan terbaik apabila memilih untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama Sabah dan Tanah Melayu pada September 1963, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Kampung Tangga Disytihar Kawasan Wabak Rabies – Uggah

KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Kampung Tangga di Daerah Serian hari ini diisytihar sebagai kawasan wabak penyakit anjing gila atau rabies.

Polis Tahan Pemilik Premis Miliki 157 Tong Gas Memasak

TAWAU, 13 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang pemilik premis dalam operasi bersepadu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) selepas didapati menyimpan 157 tong gas memasak iaitu melebihi syarat had yang ditetapkan dalam lesen iaitu 70kg (lima tong gas), semalam.

PPM Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 50 Guni Baja Ammonia Ke Negara Jiran

SEMPORNA, 13 Julai (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki termasuk juragan dipercayai cuba menyeludup keluar 50 guni baja ammonia melalui Pulau Denawan dekat sini ke negara jiran semalam.

STAGG Selamatkan 19 Wanita Vietnam Mangsa Eksploitasi Seks

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) — Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman berjaya menyelamatkan 19 wanita Vietnam yang dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) — Jabatan Hidupan Liar Sabah bercadang untuk memindahkan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan ke lokasi baharu di Sugud, Penampang, kata Pengarahnya, Augustine Tuuga.

Kerajaan Negeri Mahu Modal Insan Sabah Mampu Bersaing Peringkat Global

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah mahu melihat lebih ramai modal insan Sabah yang berjaya seterusnya mampu bersaing di persada global, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Penerima Biasiswa Yayasan Sabah Tanam Hasrat Bina Infrastruktur Negeri

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) — Penerima biasiswa Yayasan Sabah, Siti Nurfarahin Lapirin menanam hasrat untuk berbakti semula kepada Sabah bagi membina infrastruktur negeri selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam kelak.

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Masuk 890 Karton Rokok

TAWAU, 13 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau (DM18) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 890 karton rokok pelbagai jenama dari negara jiran melalui perairan Kampung Titingan, Batu 2 di sini, malam tadi.

 

Isu Berterusan

Tragedi Kren: Arab Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Bayar Pampasan

PASIR PUTEH, 13 Julai (Bernama) — Kerajaan Arab Saudi sedang menunggu keputusan mahkamah berhubung tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 Sept 2015 sebelum membuat pembayaran pampasan kepada mangsa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kontrak Penjualan Tanah: Heryati Dapat Kebenaran Merayu

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran kepada bekas isteri Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung saman beliau kepada pasangan suami isteri yang didakwanya melanggari kontrak berkaitan penjualan sebidang tanah di Jelebu, Negeri Sembilan.

 

Jenayah

363 Kes Macau Scam Dilaporkan Kerugian RM12.8 Juta Tahun Ini

 

Politik

Mukhriz Mengaku Mahathir Dan Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli daripada tuduhan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO menerusi satu kenyataan tiga tahun lepas, setelah membenarkan rayuannya.

Premium Tanah: Azmin Tidak Faham Perlembagaan Persekutuan – Noh

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sengaja mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan berkaitan tanah kerana mahu berlagak ‘hero’ dalam isu pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setia Alam dan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini.

Jerayawara ‘Bina Semula Negara’ Tindakan Terdesak – KP JASA

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan penganjuran jerayawara ‘Bina Semula Negara´ oleh Pakatan Harapan sebagai satu tindakan terdesak pakatan itu untuk meraih sokongan rakyat selepas gagal memanipulasi beberapa isu lain termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wanita UMNO Perlis Tolak Calon ‘Payung Terjun’ Untuk PRU-14

KANGAR, 13 Julai (Bernama) — Pergerakan Wanita UMNO Perlis menyokong penuh saranan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya pucuk pimpinan parti tidak meletakkan calon ‘Payung terjun’ untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

 

Sukan

Tiket Tiga Acara Sukan SEA Habis Dijual

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Tiket bagi acara sukan bola keranjang, bola jaring dan taekwondo Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual bermula 14 hingga 30 Ogos depan telah habis dijual.

KFA Mahu Tundaan Siaran Langsung Dibincang Lebih Awal

ALOR SETAR, 13 Julai (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta agar pemakluman awal secara rasmi mengenai sesuatu siaran langsung dibincangkan bersama antara pihak penyiar rasmi, pengendali liga serta pasukan yang terlibat.

Feng Shanshan Akan Pertahan Kejuaraannya Di Sime Darby LPGA

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Juara dua kali, Feng Shanshan dari China mengesahkan beliau akan mempertahankan kejuaraannya di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2017 dari 26 hingga 29 Okt ini di TPC Bukit Kiara di sini.

Malaysia Atasi Myanmar 2-0 Pada Aksi Persahabatan Antarabangsa

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) — Skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kem Latihan Pusat Akhir Atlet Sukan SEA Bermula 4 Ogos

PETALING JAYA, 13 Julai (Bernama) — Kontinjen negara yang akan membawa cabaran Malaysia pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan dihimpunkan dalam satu kem latihan pusat bermula 4 sehingga 10 Ogos ini.

Khairy Sudah Ada Bayangan Sasaran Pingat Sukan SEA Negara

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mempunyai jumlah pingat yang disasarkan untuk kontingen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Nicol Lebih Tenang Pada Temasya Sukan Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) ? Selaku status pemain pilihan kedua, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tidak berdepan dengan sebarang tekanan untuk mempertahankan pingat emas buat kali keempat pada temasya Sukan Dunia (TWG) di Wroclaw, Poland, bermula 20 Julai ini.

 

Hubungan Luar Negara

Malaysia, Thailand Ikrar Tingkatkan Kerjasama Perangi Dadah

CHIANG RAI, 13 Julai (Bernama) — Malaysia menyatakan penghargaannya atas tindakan pantas Thailand menangkap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan sindiket dadah berikutan ikrar kedua-dua negara berjiran itu untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam usaha memerangi dadah.

Malaysia Yakin Dapat Kenal Pasti Pelaku Tembak Jatuh MH17

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) — Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Ukraine pada 2014 akan dibawa ke pengadilan hasil siasatan menyeluruh, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) — Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok yang disertai 10 negara ASEAN dari 19 hingga 21 Julai ini di sini.

Gabungan Persembahan Wayang Kulit Dan Boneka Tradisional Jepun

KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) — Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan buat julung kalinya menampilkan gabungan persembahan wayang kulit dan boneka tradisional Jepun yang dikenali sebagai Bunraku di pentas yang sama, malam tadi.

 

Kategori
BeritaNasionalPolitikRangkuman BeritaSukan