RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 13 JULAI 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 13 JULAI 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Najib Seru Penyelesaian Krisis GCC Dicari

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pihak untuk melibatkan diri secara positif dengan usaha Kuwait yang menjadi pengantara dalam mencari jalan penyelesaian kepada krisis Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang masih berterusan.

Ahmad Zahid Serah Sumbangan RM50,000 Untuk Tampung Kos Pembedahan Noor Batrisyia

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghulur sumbangan berjumlah RM50,000 kepada adik Noor Batrisyia Ramlan yang akan digunakan untuk menjalani pembedahan implan koklea.

Malaysia, Vietnam Bincang Kerjasama Bidang Keselamatan, Kepentingan Bersama

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Malaysia dan Vietnam hari ini mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang keselamatan dan kepentingan bersama.

Program Felo Perdana Beri Peluang Keemasan Lihat Pentadbiran Negara – PM Najib

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, Rosmah Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri JPM

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

 

Negara

Pensyarah Perubatan Kongsi Koleksi Karya Seni Mengenai Kuil Di Balai Seni Visual Negara

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Seorang pencinta dan pengumpul seni telah tampil untuk berkongsi koleksi karya seni mengenai kuil Hindu untuk tontotan ramai di Balai Seni Visual Negara bermula 8 Julai hingga 30 Julai.

Imigresen Tubuh Pasukan Elit Laksana Serbuan Berisiko Tinggi

PORT DICKSON, 12 Julai (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ?Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Golongan Pendidik KKM Perlu Amal Nilai Murni – Hilmi

SUNGAI BULOH, 12 Julai (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mahu tenaga pengajar dalam perkhidmatan awam di bawah kementerian itu sentiasa bersedia membantu pelatih yang memerlukan pertolongan dengan mengamalkan nilai murni termasuk sikap ramah mesra, empati dan memberikan sepenuh perhatian.

Harga Ron95, Ron97 Naik Empat Dan Tiga Sen

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen dan tiga sen kepada RM1.97 seliter dan RM2.22 seliter berkuat kuasa esok hingga 19 Julai.

Pembudayaan Inovasi Dalam Pendidikan Penting Lahir Modal Insan Berkualiti

ALOR GAJAH, 12 Julai (Bernama) — Pembudayaan aspek inovasi dalam pendidikan penting kerana ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif malah turut menyumbang kepada modal insan yang berdaya saing serta dapat meningkatkan ekonomi negara pada masa depan.

Belia Orang Asli Disaran Ambil Peluang Perluas Kemahiran

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) — Belia Orang Asli disaran mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran melalui program yang disediakan oleh kerajaan.

Felo Perdana Platform Siswazah Pelajari Urusan Pentadbiran Negara

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Peserta program Felo Perdana mahu menggunakan platform itu untuk menimba ilmu dan pengalaman berkaitan pentadbiran negara selain mahu memanfaatkan pengetahuan yang dipelajari di menara gading untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Dakwaan Kerajaan Tidak Demokratik Satu Putar Belit – Salleh

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas dakwaan pihak tertentu bahawa pelaksanaan undang-undang pencegahan oleh kerajaan satu tindakan tidak demokratik.

Fasa Kedua PPPM Tumpu Penstrukturan Semula Kementerian Pendidikan

SEREMBAN, 12 Julai (Bernama) — Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memasuki fasa kedua tahun ini memberi fokus kepada penstrukturan semula Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Pencapaian Dr Nor Syahairah Jadi Inspirasi Golongan Muda

MELAKA, 12 Julai (Bernama) — Pencapaian memberangsangkan pelajar perubatan dari Malaysia, Dr Nor Syahairah Mohd Nor Norul sehingga menerima anugerah ‘Golden Graduation’ daripada Medical University of Warsaw, Poland, Isnin lepas menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda.

Cuepacs Mahu Bajet Tumpu Penjawat Awam Miliki Rumah

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha bagi membolehkan setiap penjawat awam memilik keupayaan untuk membeli rumah pada pembentangan Bajet 2018.

Stesen MRT Bawah Tanah Dipenuhi Karya Seni Hebat

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Tujuh buah stesen bawah tanah Aliran Transit Massa (MRT) bagi fasa kedua meliputi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang bakal dibuka Isnin depan kelihatan begitu unik dengan hiasan hasil seni yang hebat.

‘MV Dayang Sari’ Mampu Ukur Kedalaman Laut Sehingga 3,000m

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat melaksanakan aktiviti pengukuran hidrografi dan penerbitan carta-carta nautika yang meluas dan komprehensif dengan perolehan kapal terbaharu, MV Dayang Sari.

Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Pelaburan kerajaan sebanyak RM5.58 billion sejak 2007 hingga 2015 dalam lima universiti penyelidikan di negara ini telah menjana pulangan RM7.17 bilion, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

 

Negeri

Ceroboh Gudang Simpan Kenderaan, Polis Buka Kertas Siasatan

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) — Polis Selangor membuka satu kertas siasatan berhubung isu pencerobohan sebuah gudang menyimpan kenderaan di Kajang, dekat sini yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Penubuhan JPP Ringankan Tanggungjawab MBI

IPOH, 12 Julai (Bernama) — Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) ditubuhkan bagi membantu menguruskan aspek kesejahteraan bandar selain menggalakkan penyertaan orang ramai dalam program pembangunan anjuran pihak berkuasa tempatan (PBT).

MARA Disaran Pelopori Industri Baharu

KANGAR, 12 Julai (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Perlis disaran mempelopori industri baharu yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi pembangunan negeri.

SPRM Rakam Percakapan Lima Individu Berhubung Kes MISDEC

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan lima individu berhubung siasatan melibatkan dua beranak yang juga pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) yang disyaki memindahkan RM4 juta wang pusat itu ke akaun syarikat milik mereka.

17 Banduan Terharu Jumpa Keluarga Sempena Sambutan Aidilfitri

POKOK SENA, 12 Julai (Bernama) — Sambutan Aidilfitri bagi 17 banduan Penjara Pokok Sena yang terpilih menjadi lebih bermakna dengan kehadiran anggota keluarga mereka di Majlis Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Bapa dan Aidilfitri di sini, hari ini.

Wanita Warga Emas Ditemui Mati Di Sitiawan

SITIAWAN, 12 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga emas ditemui mati di kawasan perumahan Taman Sejati di sini, petang semalam.

Lelaki Miliki 100 Saman Tertunggak Ditahan

GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) — Seorang jurujual lelaki yang didapati tidak menjelaskan 100 saman tertunggak sejak 10 tahun lepas ditahan dalam operasi khas trafik di Jalan Patani, George Town di sini hari ini.

Polis Kumpul Bukti Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Tahanan Lari

GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) — Polis sedang mengumpul beberapa lagi bukti bagi melengkapkan kertas siasatan kes seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri melibatkan penahanan lapan anggota polis dan seorang nelayan.

SPRM Reman Empat termasuk Tiga Pegawai KPDNKK

JOHOR BAHRU, 12 Julai (Bernama) — Tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor dan seorang pengusaha gas memasak tanpa lesen direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang rasuah.

Sultan Nazrin: Teruskan Dasar Ke Arah Menambah Baik Orde Dunia, Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengesyorkan agar dasar luar dan diplomasi Malaysia terus menjurus ke arah melahirkan orde baharu dunia dan serantau yang lebih baik.

Angkasa, FGV Serah Zakat Perniagaan RM264,988 Kepada LZS

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) — Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan berjumlah RM264,988.38 daripada dua syarikat korporat bagi tahun kewangan berakhir 2016 dalam Majlis Mesra Aidilfitiri 2017 anjuran agensi itu, di sini.

Cukai Taksiran DBKL Boleh Mula Dibayar Hari Ini Hingga 31 Ogos Depan

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Semua pemilik harta di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini boleh mula membayar cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi penggal kedua 2017 sehingga 31 Ogos depan.

PPSPM, Beaks Development Bina Grand Pier Melaka Bernilai RM40 Juta

MELAKA, 12 Julai (Bernama) — Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Beaks Development Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi membina Grand Pier Melaka, pusat kreatif komersial pertama di negeri ini, bernilai RM40 juta.

Op Cross District Kesan 20 Peniaga Lakukan Kesalahan

TELUK INTAN, 12 Julai (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Teluk Intan mengesan 20 kes peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan dalam ‘Operasi Cross District’ yang dijalankan selama tiga hari, berakhir hari ini.

Bekalan Darah Di Kedah Dan Perlis Kritikal

ALOR SETAR, 12 Julai (Bernama) — Jabatan Kesihatan Kedah menyeru orang ramai untuk menderma darah ekoran stok bekalan darah di Kedah dan Perlis semakin kritikal.

21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) — Jumlah rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh petang semalam bertambah kepada 21 rumah selain sebuah sekolah dan sebuah rumah kedai turut terjejas.

Siasatan JKM Dapati Muhammad Al Fateh Tidak Didera – Exco

JOHOR BAHRU, 12 Julai (Bernama) — Siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap kes Muhammad Al Fateh Abdullah sebelum ini mendapati kanak-kanak berusia 21 bulan itu tidak didera, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Asiah Md Ariff.

Gerakan Persoal Kerajaan Negeri Lulus, Bina RMM Lebih RM100,000

GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) — Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan kerajaan negeri yang masih meluluskan dan membina rumah mampu milik (RMM) pada harga lebih RM100,000, sedangkan jumlah unit yang terjual bagi kategori itu adalah rendah.

Kelantan Lulus Rang Undang-Undang Sebat Di Khalayak

KOTA BHARU, 12 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Datuk Seri Ditahan Keluar Kata Kesat Kepada Polis

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Seorang individu bergelar Datuk Seri ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai polis trafik di Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Kelantan Biayai Lebuh Raya Menerusi Tabung Rakyat

KOTA BHARU, 12 Julai (Bernama) — Sebanyak RM3.2 juta dikumpul oleh kerajaan negeri Kelantan menerusi Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat yang diwujudkan sejak lima tahun lepas bagi membiayai pembinaan lebuh raya sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab di Machang.

SMK Ayer Hitam Kini Menjadi Sekolah Dalam Taman Berinformasi

JERLUN, 12 Julai (Bernama) — Persekitaran sekolah dengan landskap yang menghijau serta indah mampu memberi impak positif kepada pelajar, guru dan kakitangannya.

JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1

KOTA BHARU, 12 Julai (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membayar pampasan sebanyak RM413,004.60 kepada 1,034 penternak yang unggas mereka terjejas dengan wabak H5N1 atau selesema burung di Kelantan baru-baru ini.

MAIPs Fokus Bantu Asnaf Hasilkan Produk Perniagaan

KANGAR, 12 Julai (Bernama) — Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi golongan asnaf dengan berusaha membantu mereka menghasilkan produk perniagaan sendiri.

Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Selepas Pecah Rumah

JOHOR BAHRU, 12 Julai (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah di sini ketika cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut pagi tadi.

Jumlah Pelancong China Ke Langkawi Dijangka Meningkat Tiga Kali Ganda

LANGKAWI, 12 Julai (Bernama) — Jumlah pelancong China ke Langkawi mampu meningkat sehingga 380,000 orang tahun ini berikutan kesediaan beberapa syarikat penerbangan mengadakan penerbangan terus di antara destinasi-destinasi di negara itu dan pulau ini.

Lelaki Mengamuk Guna Parang Selepas Bergaduh Dengan Ibu

IPOH, 12 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk menggunakan gunting dan parang di tebing Sungai Pari, berdekatan rumahnya di Jalan Leong Boon Swee di sini, malam tadi.

E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson  Video

PORT DICKSON, 12 Julai (Bernama) — Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan Negeri Sembilan menerusi Op Mega E-Kad yang dilakukan di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan, di sini, malam tadi.

 

Sabah / Sarawak

Warga Tempatan Manipulasi Pulau Sebatik, Penyeludupan Sukar Ditangani

TAWAU, 12 Julai (Bernama) — Penglibatan warga tempatan yang memanipulasi kedudukan Pulau Sebatik dekat sini dipercayai antara punca penyeludupan keluar barang kawalan termasuk tong gas memasak dari daerah ini ke Indonesia sukar ditangani sepenuhnya.

UMNO Sabah Nafi Sokong Bank Beri Pinjaman Khas Kepada Anggota

KOTA KINABALU, 12 Julai — UMNO Sabah hari ini menafikan ia menyokong pembiayaan khas yang dikatakan ditawarkan oleh institusi kewangan, khusus untuk anggota UMNO.

Kerjasama Kunci Kejayaan Program Kebajikan – Jainab

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) — Kerjasama antara kerajaan Sabah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah penting untuk memastikan kejayaan sesebuah program kebajikan yang dianjurkan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

0.1 Peratus Belum Bayar Pinjaman Yayasan Sarawak – Pengarah Yayasan Sarawak

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Peratusan peminjam pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak yang tidak dibayar adalah serendah 0.1 peratus, kata pengarahnya Azmi Bujang.

Anggota Rejimen Sempadan Derma Darah Di Sibu

SIBU, 12 Julai (Bernama) — Seramai 200 anggota dan 30 pegawai daripada lima Batalion Rejimen Sempadan menyertai kempen derma darah bersempena Hari Ulang Tahun Briged Ke-31 Infantri yang ke-2 di sini hari ini.

Jawatankuasa Tangani Banjir Kilat Di Pekan Ranau Akan Ditubuhkan Segera

RANAU, 12 Julai (Bernama) — Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar pekan Ranau sejak beberapa hari lepas, kata Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin.

Radius Suntikan Vaksin Cegah Rabies Di Perluas

TELUK INTAN, 12 Julai (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan radius suntikan vaksin anjing dan kucing bagi mencegah penularan wabak rabies di daerah Serian, Sarawak.

28 Kes Langgar Undang-Undang Dalam Operasi Di Sandakan

SANDAKAN, 12 Julai (Bernama) — Sebanyak 28 kes melanggar undang-undang dikesan dalam operasi bersepadu dua hari berakhir semalam di perairan Teluk Sandakan sehingga ke Pulau Libaran.

Polis Sibu Serbu Premis Sembelih Dan Jual Daging Anjing

SIBU, 12 Julai (Benama) — Polis Sibu menahan seorang pengusaha gerai makanan selepas menyerbu sebuah premis menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini petang semalam.

 

Isu Berterusan

Pekerja Kilang Dipenjara Lapan Tahun Kerana Sokong Pengganas

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Seorang pekerja kilang dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki imej berkaitan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu.

Bekas Pembantu Tukang Masak Dipenjara Sokong Daesh

Hakim Nasihat Kes Najib Saman MKini Diselesaikan Di Luar Mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Hakim Mahkamah Tinggi di sini menasihatkan pihak-pihak dalam kes saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd (Mkini) dan dua editornya berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka diselesaikan di luar mahkamah.

 

Jenayah

Polis Rampas Rokok, Arak Seludup Bernilai Lebih RM50,000

22 Nelayan Asing Tiada Permit Tangkap Ikan Diberkas

Polis Buru Empat Lelaki Bertopeng Naiki Van

SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis

500 Kg Daun Ketum Dirampas Di Ladang Tembikai

 

Politik

Khaled Bidas DAP Tandus Isu Kaitkan Anaknya Dengan PPBM

JOHOR BAHRU, 12 Julai (Bernama) — Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyifatkan DAP ketandusan isu dan cuba mengelirukan masyarakat apabila mengaitkan anaknya Akmal Saufi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Akmal Saufi Sanggah Laporan Sertai PPBM

Masing Bidas Individu Mendakwa Sebagai Calon BN

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini membidas individu-individu tertentu yang memasuki beberapa kawasan sambil mendakwa mereka adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang.

Pembangkang Sering Beri Kenyataan Mengelirukan – Noh Omar

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Pihak pembangkang dilihat sering memberi kenyataan mengelirukan kepada rakyat berhubung setiap keputusan mahkamah bagi menunjukkan seolah-olah mereka telah mencapai kemenangan dalam setiap kes, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.

 

Sukan

Larian Obor Dari Perak Tiba Di Jeli Petang Ini

JELI, 12 Julai (Bernama) — Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kini dalam siri jelajah negara dari Perak tiba di Dataran Ilmu di sini, kira-kira 3.30 petang hari ini.

Obor Sukan SEA Merentasi Tasik Temenggor Dengan Rakit Buluh  Video

GERIK, 12 Julai (Bernama) — Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 dibawa merentasi Tasik Temenggor, di sini, dengan menaiki rakit buluh sebagai gimik penutup larian berkenaan bagi peringkat negeri Perak Rabu.

Tidak Perlu Politikkan Penyertaan Khairy Dalam Pasukan Polo – GAUM

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Penyertaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pasukan polo negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 perlu dilihat dari sudut positif, kata Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar.

Malaysia Teruskan Rentak Kemenangan Pada Kejohanan Bola Sepak AFF 2017 Bawah 15 Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Timor-Leste 2-0 dalam aksi kumpulan B pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun di Chonburi, Thailand, hari ini.

Sukan Hari Farmasi Dunia 2017 Diadakan Buat Julung Kali

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama)Dalam usaha menyokong peranan ahli farmasi dalam meningkatkan penjagaan kesihatan, Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) bekerjasama dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan untuk menganjurkan Sukan Hari Farmasi Dunia (WPD) 2017 di Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam, bulan depan.

Marathon Malaysia 2017 Sasar 27,000 Penyertaan

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Acara larian Marathon Malaysia 2017 yang akan diadakan pada 1 Okt ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyasarkan penyertaan 27,000 pelari termasuk 5,000 pelari dari China.

Guna Khidmat Pakar Psikologi Tingkat Motivasi Atlet Tenis

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Pemain tenis kebangsaan tidak perlu mempunyai perasaan rendah diri terhadap pesaingnya dan kekal fokus jika mahu mengulangi kejayaan meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Sarawak Bertemu JDT Tanpa Dua Pemain Utama

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Pasukan Ngap Sayot bakal berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa dua pemain utamanya, Demerson Bruno Costa dan Mohd Hairol Mokhtar yang masing-masing cedera dan digantung.

Dr Jegathesan Cabar Lebur Rekod 200 Meter

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Bekas jaguh pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan mencabar atlet pecut negara untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter yang dipegangnya selama 49 tahun pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Penampilan Terakhir Di Sukan SEA, Hsu Ann Idam Podium

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Berdasarkan prestasi terkini, Cheah Hsu Ann menyimpan hasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada temasya Sukan SEA dengan kemenangan podium.

Kim Swee Buru Kemenangan Berdepan Myanmar Pada Aksi Persahabatan

PETALING JAYA, 12 Julai (Bernama) — Ketua Jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengintai kemenangan apabila pasukan kendaliannya turun berdepan skuad Myanmar B-23 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, esok.

Pengiran Bala Pangku Jawatan Ketua Jurulatih Sarawak

KUCHING, 12 Julai (Bernama) — Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan penolong jurulatih Pengiran Bala akan memangku jawatan ketua jurulatih Sarawak serta merta bagi menggantikan David Usop.

David Usop Akhirnya Letak Jawatan Ketua Jurulatih Sarawak

Tok Gajah Akur Kehebatan Harimau Selatan

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) — Terkulai 2-0 dengan pasukan Harimau Selatan di gelanggang sendiri malam tadi menyebabkan skuad Tok Gajah terpaksa memadamkan impian untuk mengejar kedudukan pendahulu liga bagi perlawanan pusingan pertama saingan Liga Super kali ini.

The Titans Lepasi Saat Sukar Berdepan Kelantan

KUALA TERENGGANU,12 Julai (Bernama) — The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata kemenangan walaupun terpaksa berdepan pelbagai tekanan pada awal permainan.

 

Hubungan Luar Negara

Baker Paling Dikenang Dalam Urus Hubungan Singapura-Malaysia – Lee

SINGAPURA, 12 Julai (Bernama) — Maurice Baker paling dikenang atas peranannya dalam menguruskan hubungan Singapura dengan Malaysia, negara kelahirannya, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Tahniah Kepada Rakyat Iraq Atas Pembebasan Mosul

KUALA LUMPUR, (Bernama) — “Mabrook li kul Al Iraqeen.” (Tahniah kepada semua rakyat Iraq).

ASEAN LIP Kini Boleh Diakses Secara Dalam Talian

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — ASEAN Legal Information Portal (ASEAN LIP), portal sesawang pertama seumpamanya yang bertujuan menyokong syarikat perniagaan serantau dan memperkasakan kemampuan profesional dalam bidang undang-undang dengan menyediakan akses percuma dan mudah kepada maklumat berkaitan undang-undang di Asia Tenggara, kini boleh dilayari secara dalam talian menerusi “http://www.aseanlip.com kata Pengerusi Majlis Pengelolanya Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin.

Hishammuddin Lawat Tiga Negara Arab, Bincang Isu Daesh, Qatar

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Bahrain minggu depan bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia dalam isu-isu penting seperti Daesh dan krisis Qatar-NegaraTeluk.

Malaysia Negara Islam Contoh – Ghannouchi

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari.

Kerajaan Asing Perlu Hormati Usaha Malaysia Menangani PATI

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Kerajaan asing perlu menghormati usaha Malaysia dalam menahan dan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Op Mega E-Kad’ di seluruh negara.

UPSI Anjur Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu 21 Julai Ini

IPOH, 12 Julai (Bernama) — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu (PAMBM) kali kelima di Uzbekistan State University of World Languages (USWLU) di Tashkent, Uzbekistan selama dua hari bermula 21 Julai ini.

UMT, UTokyo Jalin Kerjasama Rungkai Potensi Kepelpagaian Mikroalga Di Malaysia

KUALA NERUS, 12 Julai (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan University of Tokyo (UTokyo) menjalin kerjasama dalam merungkai potensi-potensi tinggi kepelbagaian spesies mikroalga di Malaysia.

Malaysia Nyatakan Sokongan Usaha Tangani Ekstremisme Pada ISESCO

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) — Malaysia akan menyatakan pendirian untuk menyokong usaha di peringkat antarabangsa bagi memacu promosi dialog, toleransi, keamanan, kewujudan bersama dan kesederhanaan dalam menangani unsur ekstremisme pada forum Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang berlangsung selama dua hari di Rabat, Maghribi bermula hari ini.

 

Kategori
BeritaNasionalPolitikRangkuman BeritaSukan