RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 12 JULAI 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 12 JULAI 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Najib Gesa Bagi Tingkatkan Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memerangi keganasan demi mencapai objektif bersama ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan untuk semua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelan Tindakan Masyarakat India Bukan Omongan Kosong – PM Najib

DENGKIL, 11 Julai ( Bernama) — Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) bukan sekadar khayalan atau omongan kosong tetapi kenyataan untuk kesejahteraan masyarakat India di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tiba Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

SEPANG, 11 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Vietnam Truong Hoa Binh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

Najib Serah Surat Tawaran Haji Kepada 1,100 Pemimpin Masyarakat

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Keuntungan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke Tanah Suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitkan bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri Hadir Majlis Aidilfitri KKLW

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di pekarangan bangunan KKLW di sini.

 

Negara

Peniaga Dinasihat Kemukakan Borang B Sebelum 15 Julai

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dinasihatkan untuk mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2016 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Angkasa Saran Guna Sistem Spekar Urus Pinjaman Penjawat Awam

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) — Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan supaya kerajaan mengguna pakai Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang melibatkan kerjasama Angkasa bersama dua agensi lain dalam menguruskan hutang pinjaman penjawat awam.

Jabatan Perikanan Laksana SPVC2 Perkukuh Sistem Pendaratan Ikan

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Jabatan Perikanan kini melaksana projek Penggunaan Pas Keluar Masuk Vesel Laut Dalam 2 (SPVC2) di empat pelabuhan nelayan bagi memperkukuh sistem pendaratan ikan di pelabuhan perikanan.

Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia Sebar Maklumat, Aktiviti

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang akan berlangsung di sini sempena Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan mulai 21 hingga 23 Julai akan menonjolkan pelbagai maklumat mengenai Felda yang kurang didedahkan sebelum ini.

Fama Bantu Usahawan Herba Ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 5,500 usahawan asas tani, yang terlibat dalam pengeluaran produk berasaskan herba dan ulam-ulaman tempatan memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa dalam tempoh dua tahun ini.

Pemandu Teksi Dialu-alukan Sertai Grab

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) — Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-panggilan, Grab, tidak pernah berniat menutup ?periuk nasi’ mana-mana penyedia perkhidmatan pengangkutan awam malah sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai syarikat tersebut termasuk pemandu teksi.

Budiman Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid melantik anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara.

JPN Rekod 159,000 Kad Pengenalan Tidak Dituntut

PEKAN,11 Julai (Bernama) — Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih belum dituntut oleh pemiliknya sehingga ada yang melebihi tempoh dua tahun.

MRT Corp Serah Hak Penamaan Empat Stesen

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Empat stesen Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang akan dibuka sepenuhnya mulai 17 Julai ini dipilih untuk memulakan Program Hak Penamaan Stesen MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Peruntukan RM50 Juta Untuk Latihan Kemahiran

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Sejumlah RM50 juta diperuntukkan kerajaan bagi pembiayaan geran latihan kemahiran di bawah Program Rancangan Malaysia ke-11, sekali gus menyediakan pekerja mahir yang diperlukan industri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Ketua Jabatan Digalak Anjur Dialog TN50 Dengan Kakitangan – KSN

KOTA KINABALU, 11 Julai (Bernama) — Ketua-ketua jabatan kerajaan digalakkan untuk menganjurkan sendiri dialog mengenai Transformasi Negara 2050 (TN50) dengan kakitangan jabatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Imigresen Mahu Majikan Menggaji PATI Diberi Hukuman Maksimum

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dipastikan menerima hukuman maksimum, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

LHDN Minta Pembayar Cukai Segera Serah Borang B

CYBERJAYA, 11 Julai (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggesa pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan supaya mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2016 bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dikenakan terhadap mereka.

Jangan Percaya Sindiket Tawarkan Lesen Memandu Di Media Sosial

MARANG, 11 Julai (Bernama) — Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan sindiket yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tersebar di media sosial terutama Facebook.

KPDNKK Akan Umumkan Fomula Baharu Penetapan Harga Jualan Runcit Minyak

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan dalam masa terdekat fomula baharu penetapan harga jualan runcit minyak di stesen minyak di negara ini.

Pemasangan 16 Kamera Robotik Tingkat Sistem Penyiaran Parlimen

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Sebanyak 16 kamera robotik dipasang, masing-masing sembilan di Dewan Rakyat dan tujuh di Dewan Negara, bagi meningkatkan sistem penyiaran persidangan menggunakan format resolusi tinggi (HD).

Akta 258 Perlu Pindaan Untuk Tadbir Urus Yayasan Terbaik

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Akta 258 yang membenarkan penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib baik memerlukan penambahbaikan melalui pindaan bagi tadbir urus terbaik selaras dengan perkembangan semasa yang mencabar serta pendekatan kerajaan yang berpaksikan rakyat.

Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Pelantikan Hakim Tambahan Ikut Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba

KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) — Rakyat di negeri ini digesa memiliki alat pemadam api sendiri di rumah bagi memastikan sebarang kejadian kebakaran yang berlaku di rumah masing-masing dapat dikawal dari awal.

Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Gempa bumi sederhana, berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sumatera Utara hari ini, 248 kilometer (km) di barat daya Sabak Bernam, di Selangor, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

MRT-1 Beroperasi Sepenuhnya Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Laluan Pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara tiga jaringan laluan rel bandar, akan beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang minggu depan.

 

Negeri

Sebuah Sekolah, Lima Buah Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Temerloh

KUANTAN, 11 Julai (Bernama) — Lima buah rumah dan sebuah sekolah di Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut petang tadi.

Konsert Pop Yeh Yeh Meriahkan Melaka Ogos Ini

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Dalam usaha membangkitkan kenangan silam irama pop yeh yeh dan memelihara irama nostalgia 60-an, Istana Budaya (IB) sekali lagi menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.

Projek Tebatan Banjir Lencongan Barat Siap November Ini

KANGAR, 11 Julai (Bernama) — Projek Tebatan Banjir Lencongan Barat, termasuk pembinaan terowong bagi mengalirkan air berlebihan dari Empangan Timah Tasoh semasa hujan lebat, dijangka siap sepenuhnya pada November ini.

Libatkan Orang Asli Dalam Pemuliharaan Harimau Malaya – Sultan Perak

IPOH, 11 Julai (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan penglibatan secara langsung masyarakat Orang Asli di kawasan Hutan Belum-Temengor dalam usaha pemuliharaan harimau Malaya, kata Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr Dionysius S.K Sharma.

Banduan Lari: Rombakan Pegawai, Anggota Mungkin Dibuat

KEPALA BATAS, 11 Julai (Bernama) — Polis Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan dan pertukaran pegawai serta anggota polis yang bertugas di lokap pusat Bayan Baru ekoran kejadian tahanan dibawa berjumpa keluarga sehingga berjaya meloloskan diri awal pagi Ahad.

Speaker DUN Kelantan Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menolak usul yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kecik (BN-Bukit Bunga) bagi membahaskan isu perjanjian perdagangan karbon antara kerajaan negeri dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd.

Kerajaan Negeri Pengguna Terbaik, Konsisten Bayar Bil Eletrik Di Terengganu – TNB

BESUT, 11 Julai (Bernama) ? Kerajaan negeri Terengganu dicatat sebagai pengguna elektrik terbaik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan komitmen membayar bil utiliti tepat pada waktu ditetapkan dan berjaya meminima kes tunggakan bil berbanding sektor lain di negeri ini.

Tapak Balai Bomba: Kerajaan Selangor Beri Diskaun

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri telah memberi diskaun sebanyak 75 peratus daripada nilai pasaran bagi kedua-dua tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra dekat sini.

Beca Letrik Tarikan Baharu Pelancong

KUALA NERUS, 11Julai (Bernama) — Perkhidmatan beca elektrik yang mengekalkan ciri-ciri tradisional bakal diperkenalkan di tiga lokasi tumpuan pelancong di Terengganu September ini.

Guru Diseru Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

ALOR SETAR, 11 Julai (Bernama) — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyeru kakitangan awam termasuk guru supaya menjelaskan bayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji secara berjadual.

PPM Tahan Tujuh PATI Dalam Op Gelora Khas

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan Op Gelora Khas yang dijalankan di kawasan hutan pesisir Pantai Kelapa Mawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, di sini malam tadi.

RM3 Juta Diperuntukkan Bagi Dua Projek Pulau Rendah Karbon Di Langkawi Tahun Ini

LANGKAWI, 11 Julai (Bernama) — Sejumlah RM3 juta diperuntukkan untuk melaksanakan dua projek di bawah inisiatif Pulau Rendah Karbon Langkawi 2030 tahun ini, kata Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat hari ini.

Kuantan Kini Pusat Konurbasi Pantai Timur

KUANTAN, 11 Julai (Bernama) — Kuantan kini menjadi pusat pertumbuhan konurbasi (pengelompokan bandar utama dalam kapasiti yang sangat luas) Pantai Timur yang berkembang pesat dari segi fizikal dan ekonomi, hasil kecekapan tadbir urus dan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan.

Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Segera Tandatangani IBR – Pengarah SPRM Perlis

KANGAR, 11 Julai (Bernama) — Ikrar Bebas Rasuah (IBR) wajar dimeterai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta khususnya organisasi yang berisiko sebagai menyokong usaha menghapuskan amalan rasuah di negara ini.

19 Jabatan Di Perak Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

IPOH, 11 Julai (Bernama) — Kira-kira 300 kakitangan daripada 19 jabatan dan agensi kerajaan di Perak melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Azman Ganti Kamarul Sebagai Ketua JSJ Johor

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) — Bekas Ketua Polis Daerah Muar, SAC Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, berkuat kuasa hari ini.

Kanak-kanak Dipercayai Didera Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) — Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai didera ibu bapa angkatnya, dekat sini, semalam, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, tengah hari tadi.

Pembinaan Hospital Rembau Siap 68 Peratus

REMBAU, 11 Julai (Bernama) — Pembinaan Hospital Rembau dengan kos RM108 juta dijangka siap sepenuhnya pada 29 Dis tahun ini.

Pejabat Agama Segamat Urus Pengebumian Jenazah Kanak-Kanak Malang

SEGAMAT, 11 Julai (Bernama) — Proses pengebumian jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di sini, Ahad lepas akan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Segamat.

Datuk Noor Azam Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu

SEREMBAN, 11 Julai (Bernama) — Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman DCP Datuk Noor Azam Jamaludin dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan baharu, berkuat kuasa hari ini.

Skim Kawalan Harga Aidilfitri: Terengganu Rekod 14 Kes

KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan 14 kes kesalahan sepanjang operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 di negeri ini.

Op Cantas Khas: Polis Tahan 70 PATI

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Cantas Khas di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi tadi.

Kerajaan Persekutuan, Negeri Bekerjasama Selesai Masalah Orang Asli

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) — Kerajaan persekutuan dan Kelantan perlu bekerjasama bagi menyelesaikan masalah Orang Asli secara lestari.

Pemimpin Dewan Perniagaan Di Perak Direman 2 Hari

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.

Dua Maut Kereta Lawan Arus Bertembung Treler

IPOH, 11 Julai (Bernama) — Dua pekerja sebuah kilang besi di Sitiawan, maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Kilometer 20, Jalan Ipoh-Lumut, dekat Batu Gajah, awal pagi tadi.

 

Sabah / Sarawak

Bekalan Air, Pembentungan Di Kota Marudu Ditambah Baik

KOTA MARUDU, 11 Julai (Bernama) — Usaha sedang giat dilakukan untuk memperbaiki perkhidmatan bekalan air dan pembentungan di sini bagi menampung kadar pembangunan pantas di daerah ini.

Satu Kes Terbaru Rabies Disahkan Di Daerah Serian

KUCHING, 11 Julai (Bernama) — Satu kes baru virus rabies atau penyakit anjing gila dikesan di Kampung Ampungan Daerah Serian, Sarawak, menjadikan sehingga kini empat kes kesemuanya yang disahkan menerusi ujian makmal, berlaku di daerah berkenaan.

Ketua Jabatan Kerajaan Perlu Aktif Dalam Aktiviti Pemadam

KENINGAU, 11 Julai (Bernama) — Ketua jabatan kerajaan di negeri ini perlu aktif dalam aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) sebagai satu daripada pendekatan untuk membendung kakitangan seliaan mereka daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Hasil Siasatan Kemalangan Maut Perlu Diumumkan – Miros

KUCHING, 11 Julai (Bernama) — Hasil siasatan terhadap kemalangan maut melibatkan dua lori tangki di Bintulu, Sarawak dan Lahad Datu, Sabah semalam perlu diumumkan agar orang ramai tahu punca sebenarnya.

Cubaan Seludup Keluar Tong Gas Masak Ke Indonesia, Gagal

TAWAU, 11 Julai (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan dua lelaki di Laut Icebox di sini, selepas cuba menyeludup keluar 20 tong gas memasak menggunakan perahu dipercayai ke Indonesia pada Ahad lepas.

Majlis Daerah Ranau Akan Kenal Pasti Punca Banjir Kilat

KOTA KINABALU, 11 Julai (Bernama) — Majlis Daerah Ranau akan mengenal pasti punca sebenar masalah banjir kilat yang melanda pekan Ranau, kira-kira 107 kilometer dari sini, berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Suami Isteri Tujuh Anak Di Tuaran Bakal Miliki Rumah Baharu

KOTA KINABALU, 11 Julai (Bernama) — Sepasang suami isteri dari Kampung Baru Selaut, kira-kira 40 kilometer dari sini, yang mempunyai tujuh orang anak berumur antara 11 hingga 31 tahun dan bekerja sebagai petani bakal mempunyai rumah baharu tidak lama lagi.

Rumah Transit Bekas Penagih Perlu, Persediaan Hidup Bermasyarakat

PAPAR, 11 Julai (Bernama) — Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid melihat wujudnya keperluan bagi membina rumah transit untuk bekas penagih dadah di negeri ini sebagai tempat persediaan mereka sebelum kembali dalam masyarakat selepas menjalani rawatan pemulihan di Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC), di sini.
Wanita Warga Emas Hilang Di Hutan Ditemui Selamat

SIBU, 11 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di dalam hutan berhampiran Jalan Deshon di sini setelah keluar mencari sayuran hutan lewat petang semalam ditemui selamat pagi tadi.

 

Isu Berterusan

Kerajaan Selangor, Pihak Berkuasa Agama Dibenar Berhujah Dalam Saman SIS

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Kerajaan Selangor dan pihak berkuasa agama di bawahnya diberi kebenaran untuk berhujah di Mahkamah Persekutuan dalam saman difailkan Sisters In Islam (SIS) terhadap fatwa negeri Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Jabatan Kesihatan Kesan Lokasi Pernah Dikunjungi Mohamad Thaqif

KLUANG, 11 Julai (Bernama) — Jabatan Kesihatan negeri sedang mengesan lokasi yang pernah dikunjungi Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi,11, selepas disahkan meninggal dunia kerana penyakit kencing tikus atau leptospirosis, semalam.

Keluarga Pelajar Tahfiz Kesal Tidak Dimaklumkan Punca Kematian

Maklum Punca Kematian Pelajar Tahfiz Diputuskan Polis – Dr Subramaniam

Pembantu Warden Madrasah Masih Digantung Tugas

Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

PINTA Gesa Ambil Tindakan Susulan Sewajarnya

Kes Bunuh Pengasas AmBank: Penarik Kereta Diperintah Bela Diri

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi memerintahkan penarik kereta, Koong Swee Kwan untuk membela diri atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, pada 2013.

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Ganti Rugi Rm350,000 Teresa Kok

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan ganti rugi RM350,000 yang diberikan kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

 

Jenayah

Pasangan Ditahan Miliki Senjata Api Buatan Sendiri Di Bintulu

Lapan Ditahan Di Johor Bahru Disyaki Proses Dadah

Dua Beranak Pegawai Kanan MISDEC Ditahan, Seleweng RM4 Juta

Pegawai KPDNKK, Peniaga Gas Memasak Ditahan SPRM

 

Politik

MB Kedah Puas Hati Prestasi Tiga Wakil Rakyat Langkawi

LANGKAWI, 11 Julai (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyatakan rasa puas hati dengan prestasi perkhidmatan tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Langkawi.

Terengganu Bersiap Sedia Untuk Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian

KUALA NERUS, 11 Julai (Bernama) — Seluruh anggota dan perwakilan UMNO di Terengganu kini bersiap sedia untuk berkongsi buah fikiran demi kebaikan parti pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian yang bermula minggu depan.

Jangan Terpengaruh “Wayang” Dr Mahathir – UMNO Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 11 Julai (Bernama) — UMNO Pulau Pinang mengingatkan rakyat dan juga pakatan pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ‘wayang’ dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salang Pertahan Kerusi Julau Pada PRU14 – Masing

JULAU, 11 Julai (Bernama) — Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing mengulangi bahawa Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

DAP Tidak Perlu Takut Patuhi Peraturan RoS – Mohd Amar

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) — DAP tidak perlu takut untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) melainkan jika parti itu mempunyai masalah dalaman.

DUN Kelantan Muktamad Status ADUN Nenggiri

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini memuktamadkan keputusan kerusi DUN Nenggiri kosong setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytihar muflis baru-baru ini.

Perwakilan UMNO Disaran Kemuka Usul Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Semua pemimpin dan anggota UMNO hendaklah memberi penekanan mengutarakan usul-usul yang lebih menyentuh kepentingan, keperluan dan kesejahteraan rakyat dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian.

PRU14: MIC Pantau Calon Disenarai Pendek

KULIM, 11 Julai (Bernama) — MIC akan memantau calon yang sudah disenarai pendek oleh parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

 

Sukan

Penyerang Berkaliber Dan Bakat Muda Jadi Keutamaan Vingada

PETALING JAYA, 11 Julai (Bernama) — Penyerang yang berkaliber dan bakat muda memainkan peranan penting dalam memantapkan skuad kebangsaan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong pada September, kata ketua jurulatuih ‘Harimau Malaya, Nelo Vingada.

JDT Kekal Di Persada Liga Super

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) ? Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mengatasi pencabar terdekat, Pahang 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

1,000 Anggota Bomba Terlibat Dalam Sukan Sea 2017

SEREMBAN, 11 Julai (Bernama) — Kira-kira 1,000 anggota bomba akan terlibat dalam Sukan SEA pada bulan depan dalam memastikan aspek keselamatan para peserta negara-negara yang bertanding dan orang ramai.

Negeri Sembilan Yakin Ke Liga Super Musim Depan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) ? Walaupun gagal mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam Liga Premier setelah kalah 2-3 kepada Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, Negeri Sembilan tetap yakin akan dinaikkan taraf untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Liga Hoki TNB Kelantan Platform Peminat Kembang Bakat

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) — Liga Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan 2017 yang akan berlangsung pada 15 Julai ini, merupakan platform kepada peminat sukan tersebut di negeri ini mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

Obor Sukan SEA Ke-29 Kelilingi Pekan Gerik

GERIK, 11 Julai (Bernama) — Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 peringkat daerah Gerik bermula di hentian bas Gerik, di sini hari ini.

Skuad Olahraga Mampu Tuai 10 Emas – Nazmizan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Berdasarkan persediaan dan prestasi semasa barisan atlet olahraga negara, Malaysia mampu meraih sekurang-kurangnya 10 pingat emas dalam acara itu pada temasya Sukan SEA ke-29 di sini, bulan depan.

 

Hubungan Luar Negara

‘World Fashion Week 2017’ Tema Fesyen Mesra Alam

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Dalam usaha menyokong \’budaya hijau\’ dan menentang pemanasan global, World Fashion Week (WFW) Malaysia Chapter 2017 membawa konsep fesyen mesra alam ke pentas peragaannya.

Dunia Islam Terhutang Budi Kepada Dasar Berani Malaysia – Ghannouchi

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi hari ini berkata Muslim di seluruh dunia terhutang budi kepada dasar Malaysia berkaitan isu mengenai umat Islam.

Maurice Baker, Kawan Rapat Allahyarham Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

SINGAPURA, 11 Julai (Bernama) — Diplomat generasi pertama Singapura Maurice Baker yang juga kawan rapat kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, meninggal dunia hari ini.

Rakyat Malaysia Dipelawa Rai Pembebasan Mosul

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Bersempena pembebasan Mosul daripada penguasaan kumpulan militan Daesh, kedutaan Iraq di sini mempelawa orang ramai untuk sama-sama meraikan kejayaan itu.

Malaysia Sasar Tarik 23,000 Pelancong Kazakhstan Tahun Ini

ASTANA (Kazakhstan), 11 Julai (Bernama) — Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyasarkan 23,000 pelancong dari Kazakhstan berkunjung ke Malaysia tahun ini, peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu.

Misi Kesan Ramli Di Tehran Diaktifkan Semula

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS), Kedutaan Malaysia di Tehran dan Kelab Jelajah Alpine (KJA) dari Malaysia mengadakan mesyuarat koordinasi bagi mencari dan menyelamat pendaki, Ramli Abdul Majid, yang dilapor hilang di Gunung Damavand pada November tahun lepas.

Malaysia,iran Tingkatkan Kerjasama Pendidikan

KUALA LUMPUR, 11 Julai(Bernama) — Malaysia dan Iran terus berusaha meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan dengan memperkenalkan pelbagai program bagi menarik dan menggalakkan lebih banyak pelajar melanjutkan pengajian tinggi di kedua-dua negara.

 

 

Kategori
BeritaBorneoNasionalPolitikRangkuman BeritaSukan