RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 11 JULAI 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 11 JULAI 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Kerajaan Fokus Mantapkan PBT – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Kerajaan fokus memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pentadbir bandar, khususnya dalam aspek kepentingan penjagaan kebersihan, keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan serta memulihara dan menjamin kelestarian alam sekitar.

Najib, Rosmah Hadir Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 10 Julai ( Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memeriahkan majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

 

Negara

Lebih 160,000 Pemegang Kad Telah Tukar Kepada Kad Baharu MyRapid Touch ‘n Go – Prasarana

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Lebih 160,000 pemegang kad MyRapid telah menukar kepada kad baharu MyRapid Touch ‘n Go (MyRapid TnG) sejak penukaran kad itu oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bermula pada 15 Jun.

Najib, Rosmah Hadiri Sambutan Semarak Aidilfitri PPTD

SERDANG, 10 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

100 Tadika KEMAS Akan Dinaik Taraf

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengenal pasti lebih 100 tadika di seluruh negara yang perlu dinaik taraf kerana tidak selamat diduduki selain kurang fasiliti.

Perancangan Keluarga Penting Untuk Kesaksamaan Gender – Rohani

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita selain merupakan faktor utama bagi mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Op Mega E-Kad : 3,014 PATI, 57 Majikan Ditahan

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Seramai 3,014 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 57 majikan ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Mega E-kad sejak 1 Julai lepas hingga 8 pagi hari ini.

Tiada Cadangan Kenaikan Tol – Rosnah

PETALING JAYA, 10 Julai (Bernama) — Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.

Semakan Jadual Penerbangan Haji Menerusi Aplikasi THiJARI

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Bakal jemaah haji kini boleh membuat semakan jadual penerbangan masing-masing menerusi aplikasi THiJARI 2.0 yang dilancarkan hari ini.

SPRM Buka Kertas Siasatan Baharu Terhadap FELDA

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) , kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ex-Rimau 2017 Fokus Latihan Hadapi Ancaman Keganasan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Latihan bagi menangani ancaman keganasan merupakan fokus utama latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

4 Universiti Mampu Berada Dalam Kelompok 200 Terbaik Dunia

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Empat universiti penyelidikan Malaysia dijangka mampu menempatkan diri masing-masing dalam kelompok 200 terbaik dunia dalam masa dua ke tiga tahun dari sekarang, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Trend Kemalangan Libatkan Bahan Kimia Membimbangkan – Bomba

KUALA TERENGGANU,10 Julai (Bernama) — Trend kemalangan melibatkan bahan kimia yang mencatatkan peningkatan saban tahun semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Kapal TLDM Digerakkan Sertai Ops Padu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi menyertai Ops Padu yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan rompakan di laut di wilayah Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Mahdzir Saran WAY Hantar Hasil Dialog Ke Unesco

MELAKA,10 Julai (Bernama) — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyarankan agar Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) menyerahkan hasil Dialog Belia Antarabangsa Melaka ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk tindakan lanjut.

Seorang Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies Di Serian – Dr Hilmi

GEORGE TOWN, 10 Julai (Bernama) — Seorang lagi pesakit kini dirawat di sebuah hospital di Sarawak setelah disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

 

Negeri

Mayat Bayi Tanpa Kepala, Tangan Ditemukan Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 10 Julai (Bernama) — Mencampakkan bayi ke tempat sebarangan mengundang dua kemungkinan, sama ada diambil dan dipelihara insan prihatin, atau dimamah haiwan liar.

SPRM Tahan Pegawai Kanan Dewan Perniagaan Perak

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan sebuah dewan perniagaan di Perak yang disyaki terlibat rasuah.

Tiga Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Tiga lelaki yang terlibat dengan kejadian samseng jalanan ditahan di Jalan Durian, Taman Pantai, Batu Pahat, semalam.

Lapan Polis Direman Disyaki Terlibat Kes Banduan Lari

GEORGE TOWN, 10 Julai (Bernama) — Lapan anggota polis dan seorang nelayan direman hari ini bagi membantu siasatan kes seorang tahanan kes 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri ketika van yang membawa mereka dikatakan rosak di Jalan Paya Terubong di sini, awal pagi semalam

Pengusaha ‘House Boat’ Tasik Kenyir Bakal Berdepan Penarikan Lesen

KUALA BERANG, 10 Julai (Bernama) — Pengusaha ‘house boat’ di Tasik Kenyir bakal berdepan kemungkinan lesen pemilikan bot ditarik balik jika gagal memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

RM13 Juta Setahun Untuk Selenggara Pokok – MBJB

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan sebanyak RM13 juta setahun bagi menyelenggara pokok yang ditanam di bandar raya itu.

Felda Terengganu Keluarkan Insentif RM14 Juta Kepada Peneroka

KUALA NERUS, 10 Julai (Bernama) — Felda Wilayah Terengganu telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM14 juta yang disalurkan kepada 5,000 peneroka di 21 buah rancangan Felda negeri ini sempena Aidilfitri.

Hawar Berdarah: Penternak Kerugian Di Dungun Terima Bantuan RM200

DUNGUN, 10 Julai (Bernama) — Penternak yang kerugian akibat kematian haiwan ternakan disebabkan penyakit hawar berdarah di daerah Dungun akan diberi sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.

SAJ Ranhill Labur RM300,000 Pasang Penapis Zeolite

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Syarikat berkaitan kerajaan negeri, SAJ Ranhill Sdn Bhd, membelanjakan sebanyak RM300,000 untuk memasang penapis karbon ‘zeolite’ di Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam di sini.

300 Anak Kakitangan LAP Terima Zakat Pendidikan

IPOH, 10 Julai (Bernama) — Seramai 300 anak kakitangan Lembaga Air Perak (LAP) menerima agihan zakat pendidikan berjumlah RM300,000 daripada syarikat utiliti itu tahun ini bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah.

Guna Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi HSNZ Untuk Dapatkan Ubat Susulan

HSNZKUALA TERENGGANU, 10 Julai (Bernama) — Tidak mendapat sambutan!

Kanak-kanak Kritikal Dipercayai Didera Keluarga Angkat Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri setelah dipercayai didera ibu bapa angkatnya.

Pendaki Gunung Berembun Melecur Selepas Gas Mudah Alih Meletup  Video

KUALA TERENGGANU,10 Julai (Bernama) — Seorang pendaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 12 jam dipercayai selepas gas mudah alih yang digunakan untuk memasak ketika berkhemah di Lata Lasir, Gunung Berembun, Hulu Dungun, meletup, semalam.

Bom Pada Kereta: Bekas Kekasih Jururawat Ditahan

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) — Masalah peribadi dipercayai merupakan punca kereta seorang jururawat dipasang bom buatan sendiri di Klang pada Sabtu lalu.

Kerajaan Labuhkan 40 Tukun Tiruan Di Terengganu Tahun Ini

DUNGUN, 10 Julai (Bernama) — Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM320,000 untuk melabuhkan 40 unit tukun tiruan di dua daerah di Terengganu pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Kerajaan Bina Tiga Penempatan Baharu Untuk Nelayan Di Terengganu

DUNGUN, 10 Julai (Bernama) — Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina tiga penempatan baharu untuk golongan nelayan di Terengganu bagi memastikan mereka memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

42 Super Dilatih Bina Sampan, Tangki Gentian Kaca

PASIR PUTEH, 10 Julai (Bernama) — Jabatan Perikanan Kelantan akan melatih 42 Sukarelawan Perikanan (SUPER) Tok Ajam, Jelor di sini bagi menghasilkan sampan dan tangki penyimpanan ikan menggunakan gentian kaca.

Pembinaan UPSI Kampus Teluk Intan Bermula Oktober – Mah

TELUK INTAN, 10 Julai (Bernama) — Kerja pembinaan tapak bangunan kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini dijangka dimulakan Oktober ini membabitkan anggaran kos lebih RM120 juta, kata Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Pergerakan Anggota PDRM Perlis Dipantau – Ketua Polis Perlis

KANGAR, 10 Julai (Bernama) — Pergerakan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis yang sedang bertugas akan dipantau sepanjang masa menerusi pengaktifan penggunaan alat penghubung ‘walkie talkie’, kata Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Polis Marin Tahan 17 Pati Indonesia Di Pesisir Pantai Kota Tinggi

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Hutan Pesisir Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi Isnin.

 

Sabah / Sarawak

Polis Sabah Terus Proaktif Pelihara Keselamatan Pantai Timur Sabah

KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) — Polis Sabah akan terus dalam keadaan berjaga-jaga dan lebih proaktif dalam memastikan keselamatan negeri ini khususnya di kawasan pantai timur terus terpelihara, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

APMM Kota Kinabalu Tahan Tiga Bot Nelayan

KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan tiga bot nelayan tempatan di kawasan perairan Pulau Mengalum kerana disyaki melanggar syarat lesen bot berkenaan.

Abang Jo Jamin Sarawak Terus Iktiraf UEC

SIBU, 10 Julai (Bernama) — Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memberi jaminan kerajaan negeri akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sepanjang termanya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Jadikan Sekolah Angkat Bantu Tingkatkan Bahasa Inggeris

SIBU, 10 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak termasuk daripada pembangkang diminta mengambil sekolah-sekolah di kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan membantu menangani kemerosotan standard Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sarawak Sedia Hadapi Jerebu – Uggah

MIRI, 10 Julai (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sedang meneliti untuk meningkatkan keupayaannya mencegah kebakaran tanah gambut yang menyebabkan jerebu di Kuala Baram.

APMM Lakukan Pelayaran Ihsan Bawa Pesakit Ke Hospital Kudat

KUDAT, 10 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat melakukan pelayaran ihsan membawa ibu keguguran dan mengalami pendarahan dan seorang bayi lelaki tujuh bulan dijangkiti kuman pada paru-paru dari Pulau Banggi ke Hosptal Kudat di tanah besar, petang semalam.

Pemandu Rentung, Lori Tangki Yang Dipandu, Meletup Di Bintulu

MIRI, 10 Julai (Bernama) — Seorang pemandu rentung apabila lori tangki minyak yang dipandunya meletup serta terbakar dalam kemalangan yang berlaku pada 12.10 tengah hari di lampu isyarat Medan Central, Bintulu.

Seorang Maut Nahas Lori Tangki Minyak Meletup Di Bintulu

Pemandu Treler Ditahan, Kemalangan Dengan Van Empat Maut

LAHAD DATU, 10 Julai (Bernama) — Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan dengan van di Kilometer 3 Jalan Lahad Datu – Tungku, pagi tadi, yang mengakibatkan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita maut.

Empat Maut, Nahas Babitkan Van Dan Lori Treler

‘Sarawak Celebrates’ Jadi Platform Kongsi Raya Untuk Perkasa Perpaduan

SIBU, 10 Julai, (Bernama) — Sarawak akan menjadikan “Sarawak Celebrates” sebagai platform untuk mengadakan majlis Kongsi Raya melibatkan empat perayaan utama mulai tahun ini di dalam usaha memperkasakan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

APMM Patah Cubaan Seludup Minuman Keras Ke Sabah

LABUAN, 10 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah apabila anggota agensi itu menahan feri yang membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad.

 

Isu Berterusan

Tun M Bimbang Penubuhan RCI Mengenai Urus Niaga Matawang Asing – Eswaran

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu lagi percubaan untuk mengalihkan perhatian umum daripada skandal urus niaga mata wang asing dan inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat perkara itu.

Kencing Tikus Punca Kematian Pelajar Tahfiz – KP Kesihatan

JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) — Kematian seorang pelajar tahfiz yang didakwa didera oleh pembantu warden sekolah dekat sini pada April lepas, disahkan berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leptospirosis dan bukannya kerana trauma atau kecederaan dialami.

Saman Fitnah: Mahkamah Tolak Rayuan NFC, Mohamad Salleh

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh berhubung saman fitnah mereka terhadap Nurul Izzah Anwar dan PKR berkaitan kenyataan pembelian lapan unit hartanah di KL Eco City.

Khir Toyo, Isteri Tarik Balik Permohonan Perintah Lucut Hak

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri hari ini menarik balik permohonan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perintah mahkamah melucutkan hak ke atas dua lot tanah dan sebuah banglo.

 

Jenayah

Kanak-Kanak Maut: Polis Tidak Tolak Ada Unsur Dera

SEGAMAT, 10 Julai (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan adanya unsur penderaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan mati di bilik sewa di sini, semalam.

Ibu, Abang Direman Tujuh Hari

Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, Tujuh Suspek Ditahan

KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) — Polis Kota Kinabalu menumpaskan ‘Geng Kelvin’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini selepas tertangkapnya tujuh suspek pada 4 Julai lepas.

Provokasi Polis Tawau Di Facebook, Lelaki Ditahan

TAWAU, 10 Julai (Bernama) — Polis Tawau hari ini menahan seorang lelaki berhubung status berunsur provokasi terhadap polis yang dimuat naik di dalam Facebooknya semalam.

Polis Tahan Pengedar Dadah, Rampas Sejumlah Syabu Dan Heroin

ROMPIN, 10 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dan syabu dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di tepi Pantai Kuala Pontian, di sini semalam.

 

Politik

Abang Johari Jamin Proses Pertukaran Pemimpin PBB Lancar

MIRI, 10 Julai (Bernama) — Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini memberi jaminan proses pertukaran kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan berjalan lancar, seperti dilaksana sebelum ini.

Enggan Patuhi RoS, DAP Tunjuk Belang Sebenar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sikap DAP yang mempertikai arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan belang sebenar dan sikap diktator parti itu.

DAP Hanya Mahu Raih Kepentingan Politik

Kit Siang Diminta Bertanding Dalam Pemilihan Semula DAP

Enggan Pemilihan Semula CEC, Hilmi Sifatkan DAP Parti Berlagak

Manifesto BN Selangor Sedang Diperhalusi – Noh

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Selangor sedang memperhalusi manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan keutamaannya dibahagikan mengikut kawasan bandar dan luar bandar di negeri berkenaan.

PBS Sedia Hadapi Pilihan Raya – Ongkili

PENAMPANG, 10 Julai (Bernama) — Parti Bersatu Sabah (PBS) kini memperhebatkan persiapan bagi menghadapi pilihan umum di semua kawasan pilihan rayanya, termasuk kemungkinan beberapa kerusi baharu jika kawasan pilihan raya yang ditambah diluluskan pada sidang parlimen akan datang.

Pembangunan Di Kelantan Sukar Dilaksana

KOTA BHARU, 10 Julai (Bernama) — Agenda pembangunan di negeri ini sukar dilaksana kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Kelantan pimpinan PAS, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Zambry Nafi ADUN Kubu Gajah Mahu Lompat Parti

IPOH, 10 Jul (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu menyertai parti lain.

 

Sukan

Rekod Tanpa Kalah Negeri Sembilan Lebur

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Rekod tanpa kalah Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini lebur selepas tewas 2-3 kepada pencabar terdekat, Kuala Lumpur pada aksi ke-15 liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam ini.

Larian Obor Sukan Sea Ke-29 Di Kuala Kangsar Hari Ini

KUALA KANGSAR, 10 Julai (Bernama) — Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 peringkat daerah Kuala Kangsar bermula di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Skuad B-15 Malaysia Bermula Langkah Kanan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Skuad Bawah 15 (B-15) negara memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak B-15 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017 di Chonburi, Thailand, hari ini.

Jangan Pandang Mudah Cabaran PKNS – Zainal

GEORGE TOWN, 10 Julai (Bernama) — Dalam misi memburu tiga mata penting untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan, skuad bola sepak Pulau Pinang diingatkan agar tidak memandang mudah cabaran PKNS walaupun bermain di laman sendiri di Stadium Batu Kawan esok.

Latif Intai Pertahan Emas Pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Atlet paralimpik kebangsaan, Abdul Latif Romly menyasarkan untuk mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017 di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, England dari 14 hingga 23 Julai ini.

Sasaran Dua Gangsa Skuad Futsal Realistik

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Peningkatan ranking skuad futsal lelaki serta prestasi memberangsangkan skuad wanita menjadi pembakar semangat untuk pasukan negara sekurang-kurangnya menyumbang dua pingat gangsa pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Emas Sebenar Takraw Sukan SEA, Tewaskan Thailand

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Skuad sepak takraw Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara regu pada Sukan SEA 2015 di Singapura, namun kejayaan itu kurang ‘manis’ kerana musuh tradisi Thailand tidak menyertai acara berkenaan.

Sukan SEA: Ahmad Syazrin Sasar Gangsa Acara BMX

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Pelumba BMX negara, Ahmad Syazrin Awang Ilah yakin mampu menyumbang kilauan pingat pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak diletakkan sasaran oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

 

Hubungan Luar Negara

Anugerah Antarabangsa Duke Of Edinburgh, Program Bantu Anak Muda Tingkat Kemahiran – John

SEREMBAN, 10 Julai (Bernama) — Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh untuk Orang Muda adalah program yang dicipta untuk membantu anak muda di seluruh dunia memajukan diri dan mengiktiraf kemahiran mereka.

Warisan Budaya Malaysia Truly Asia Yang Unik Terserlah Di Astana

ASTANA (Khazakhstan), 10 Julai (Bernama) — Persembahan berwarna-warni yang mencerminkan warisan budaya Malaysia Truly Asia yang unik berteraskan semangat ‘1Malaysia’ dan ‘Negaraku’ terserlah pada sambutan Hari Malaysia di sini pada Isnin.

Airbus C295 Tiba Di Malaysia

PETALING JAYA, 10 Julai (Bernama) — Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama dua minggu.

Dr Nor Syahairah Harumkan Nama Malaysia Di Warsaw

WARSAW, 10 Julai (Bernama) — Kerja keras Dr Nor Syahairah Mohd Nor Norul membuahkan hasil apabila pelajar perubatan dari Malaysia itu menerima anugerah ‘Golden Graduation’ bagi kecemerlangan akademik dan pencapaian luar biasa daripada Medical University of Warsaw, Poland.

Syarikat Malaysia Dituduh Sindiket Jenayah Transnasional

BANGKOK, 10 Julai (Bernama) — Sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan perniagaan utama di selatan Thailand dituduh sebagai “sindiket jenayah transnasional” dan menyebabkan kerajaan Thailand mengalami kerugian kewangan bernilai “berbilion Baht” (1 Bilion Baht = RM125 juta).

Kategori
BeritaBorneoNasionalPolitikRangkuman BeritaSukan