RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 10 JULAI 2017

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 10 JULAI 2017

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Najib, Rosmah Hadir Majlis Perkahwinan Anak Irwan Serigar

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam ini.

Tidak Patuhi ROS, Tidak Boleh Bertanding PRU – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bangunan Kekal KSCIP Bakal Dibina Di Putrajaya – Najib

PEKAN, 9 Julai (Bernama) — Bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Sasaran Pembangkang Pada PRU14 – Zahid

JELEBU, 9 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha memindahkan pengundi yang sedang dilakukan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul semasa pilihan raya umum lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TPM Rasmi Persidangan UMNO Bahagian Jelebu

JELEBU, 9 Julai (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dewan D’Sury Kuala Klawang untuk merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Jelebu di sini.

 

Negara

Pengguna Perlu Berhati-hati Masuk Dan Keluar Tren LRT – Rapid Rail

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menasihati penumpang ang menggunakan kerusi roda agar mendapat bantuan petugas di stesen LRT semasa memasuki atau keluar daripada tren agar mereka tidak tersangkut pada ruang platform yang ada antara lantai plaform dan tren.

Gabem Giat Usaha Lahir Usahawan Bumiputera Di Universiti

MELAKA, 9 Julai (Bernama) — Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan menggiatkan usaha melahirkan usahawan bumiputera dalam kalangan pelajar universiti secara lebih intensif melalui program kesedaran dan penerangan yang akan diadakan di universiti terpilih.

Misi SAR Ke Iran Kesan Pendaki Hilang Lapan Bulan Lepas

SEPANG, 9 Julai (Bernama) — Empat pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA) hari ini berlepas ke Tehran bagi meneruskan usaha mencari dan menyelamat (SAR) Ramli Abdul Majid, 45, pendaki yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran pada November lepas.

Kids Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-anak Hidap Kanser

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Seramai 150 kanak-kanak yang berdaftar di bawah Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) dan keluarga mereka menghadiri ‘Riang Ria Raya’ untuk kanak-kanak penghidap kanser di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Peguam Ke London Tidak Jejas Bincang Penurunan Kuasa – Nancy

KUCHING, 9 Julai (Bernama) — Keputusan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak akan menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

Tiga Negeri Pantai Timur Catat Kesalahan Tertinggi Skim Kawalan Harga

SUNGAI PETANI, 9 Julai (Bernama) — Kesemua tiga negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia mencatatkan kesalahan tertinggi sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (Hari Raya Puasa) 2017, yang bermula dari 17 hingga 30 Jun lalu.

Deria Dengar Yang Cekap Selamatkan Jururawat Dari Letupan

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) — Kalau tidak kerana deria dengarnya yang cekap mengesan bunyi ‘beep’ di bahagian belakang keretanya, jururawat P. Janagi, 27, mungkin maut atau setidak-tidaknya cedera parah.

Lebih 20 Individu ‘Merusuh’ Di KLCC  Video

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Kehadiran Rakyat Bukti Sokongan Kepada Perdana Menteri  Video

PEKAN, 9 Julai (Bernama) — Kehadiran lebih 70,000 pengunjung daripada pelbagai kaum pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini, membuktikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri masih tetap kukuh dan utuh.

MCMC Ambil Tindakan 1,500 Akaun Palsu Di Media Sosial

BERA, 9 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap hampir 1,500 akaun palsu yang telah dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga Jun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Jersi Mokhtar Dahari Antara Koleksi Peminat Tegar Bola Sepak

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Tidak mahu sejarah kegemilangan bola sepak negara dilupakan dan ditelan zaman, seorang anak muda mengambil inisiatif mengumpul koleksi barangan sukan itu yang pernah dikeluarkan seawal tahun 1933.

Lukisan Kanak-kanak Autisme Bantu Jana Pendapatan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Contengan di atas kertas oleh kanak-kanak penghidap autisme mungkin dianggap hanya satu cara untuk golongan berkenaan meluahkan ekspresi diri dan bukanlah sesuatu yang mempunyai nilai.

Royal Belum Antara Dicalon Tapak Warisan Dunia UNESCO

LENGGONG, 9 Julai (Bernama) — Royal Belum di Gerik Perak, Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong akan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

Negeri

Doktor Gigi Hilang Ditemui Selamat Selepas Tersesat 24 Jam Di Gunung Yong Belar

GUA MUSANG, 9 Julai (Bernama) — Setelah tersesat lebih 24 jam ketika dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing di Gua Musang semalam, seorang doktor gigi ditemui oleh dua pekerja kebun warga Myanmar yang membantunya keluar dari kawasan hutan itu.

Pemilik Kedai Runcit Ditahan Bersama Rokok Haram Di Mersing

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang pemilik kedai runcit dan merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM22,398 dalam dua serbuan di Medan Selera Seri Panchor, Mersing, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak Dua Tahun Ditemukan Mati Di Bilik Sewa

SEGAMAT, 9 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala di sebuah bilik sewa di Jalan Ros dekat sini, awal pagi tadi.

Mekanik Dapat Hidayah Peluk Islam

MELAKA, 9 Julai (Bernama) — Pergaulan dan hidup dalam komuniti Melayu sejak kecil menjadi pendorong kepada Ng Kah Wai, 29, untuk mendalami Islam.

Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital Balik Pulau

GEORGE TOWN, 9 Julai ( Bernama) — Seorang tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri apabila pintu van yang membawa lelaki itu bersama dua banduan lain dibuka ketika kenderaan terbabit mengalami kerosakan di Jalan Paya Terubong, di sini, awal pagi ini.

Lebih 60 Kilang Beroperasi Secara Haram Di Kulai, Johor

KULAI, 9 Julai (Bernama) — Lebih daripada 60 buah kilang didapati beroperasi secara haram di tanah berstatus pertanian dan penternakan dalam daerah ini.

Ramai Penduduk Telah Dapat Pekerjaan Hasil Latihan JPDC

KOTA TINGGI, 9 Julai (Bernama) — Kira-kira 94 peratus daripada 2,314 penduduk tempatan yang dilatih Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) selama ini bagi memenuhi permintaan kerja mahir dalam industri hiliran minyak dan gas, telah mendapat pekerjaan.

Hawar Berdarah: Dungun Daerah Keempat Rekodkan Kematian Haiwan Ternakan

DUNGUN, 9 Julai (Bernama) — Dungun menjadi daerah keempat di Terengganu yang merekodkan kematian haiwan ternakan akibat penyakit hawar berdarah selepas Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Kenduri Kesyukuran Bertukar Majlis Tahlil – Anak

BAGAN DATUK, 9 Julai (Bernama) — Kenduri kesyukuran yang dirancang oleh sebuah keluarga pada mulanya bertukar majlis tahlil bapa mereka yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai FitMalaysia Perak sempena Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Warga Emas Meninggal Ketika Sertai FitMalaysia Perak

Janda 25 Tahun Tertikam Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) — Seorang janda tertikam di rusuk kiri selepas dilapor bergaduh dengan kekasihnya yang berumur 16 tahun di Taman Desa Kubang Rotan di sini pada pukul 3 pagi tadi.

Orang Asli Maut, Rakan Parah Dalam Kemalangan

KUANTAN, 9 Julai (Bernama) — Seorang lelaki Orang Asli maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas dan merempuh sebuah kereta di KM24, Jalan Lipis-Benta, dekat sini, semalam.

Lukisan Mural Ceriakan Bandar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) — Persekitaran deretan bangunan rumah kedai lama di sekitar Jalan Banggol di sini kembali ceria apabila Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan usaha sama pihak swasta memberi sentuhan baharu dengan lukisan mural berwarna-warni sekali gus menghidupkan semula kawasan itu yang suram sebelum ini.

Lebih 2,000 Hadir Majlis ‘Beraya Bersama Siti Nordiana’

SEREMBAN, 9 Julai (Bernama) — Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan majlis ‘Beraya Bersama Siti Nordiana’ di D’Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Doakan Syazana Amirah Kembali Pulih – Keluarga

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagian tengkorak, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas, selamat menjalani pembedahan pagi tadi.

Mara Tawar Tuisyen Rakyat Percuma Kepada Calon UPSR, SPM Perlis

PADANG BESAR, 9 Julai (Bernama) — Masing-masing 100 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan parlimen Padang Besar menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat@KKLW sejak Mei lalu yang dianjurkan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Tenaga Solar UiTM Dungun Dijangka Jimat 15 Peratus Bil Elekterik

DUNGUN, 9 Julai (Bernama) — Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun akan merintis penggunaan sistem tenaga solar untuk penghasilan tenaga elektrik bagi kegunaan kampus itu.

Loji Air Bernilai RM100 Juta Di Bukit Losong Akan Dinaik Taraf – Satu

KUALA TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) — Syarikat Air Terengganu (SATU) akan menaik taraf loji air bernilai kira-kira RM100 juta di Kampung Bukit Losong dekat sini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menampung keperluan penduduk di daerah Kuala Terengganu.

Lapor Segera Kes Dadah Libatkan Guru, Pelajar

SUNGAI PETANI, 9 Julai (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah digesa untuk tidak melindungi serta melaporkan segera sebarang kes penyalahgunaan dadah melibatkan kakitangan, guru atau pelajar.

Penduduk Khuatir Ancaman Anjing Liar

Anjing liar yang berkeliaran sehingga meresahkan penduduk – gambar hiasan ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) — Kehadiran lebih 100 ekor anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat dan Taman Jaya Kami berhampiran Pasar Cowboy di sini nyata meresahkan penduduk di kedua-dua penempatan itu.

Sultan Selangor Ingatkan Bakal Haji Jaga Adab Di Tanah Suci

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) — Bakal haji dari negeri Selangor diingatkan supaya sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci kelak, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Festival Soorya India 2017 Sasar RM40,000 Utk Pesalit Kanser

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Festival Soorya India 2017 menyasarkan kutipan RM40,000 daripada persembahan amal dua harinya yang bermula semalam di Kuil Seni Halus Brickfields di sini.

Johor Pertimbang Tambah Ketua Masyarakat Sarawak Di Negeri Itu

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri bersedia untuk menambah bilangan ketua masyarakat Sarawak di sini sekiranya jumlah sedia ada tidak mencukupi, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

MAIPS Tawar Tanggung Kos Pendidikan Mualaf

KANGAR, 9 Julai (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan untuk menanggung kos pengajian 50 mualaf yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan diploma di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Titi Tinggi, Padang Besar.

 

Sabah / Sarawak

Pemimpin Masyarakat Diingat Salur Maklumat Sahih Kepada Masyarakat

TAWAU, 9 Julai (bernama) — Pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung di Sabah diingatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui media sosial sebelum perkara itu disalurkan kepada masyarakat umum.

Amalam Bersalaman, Bermaafan Tingkatkan Semangat Kekitaan

KOTA KINABALU, 9 Julai (Bernama) — Amalan bersalaman dan bermaafan di antara satu sama lain pada sambutan Aidilfitri berupaya meningkatkan semangat kekitaan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk memajukan negara secara bersama.

77 Saman Dalam Op Samseng Jalanan, Op Mabuk Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 9 Julai (Bernama) — Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan di Jalan Coastal, Tuaran Bypass dan Jalan 1Borneo malam tadi.

Rakyat Sarawak Dipuji Kongsi Nilai Budaya

SIBU, 9 Julai (Bernama) –Masyarakat pelbagai kaum di Sarawak dipuji kerana mengambil inisiatif untuk melangkah keluar daripada habitat kaum mereka dan berkongsi nilai budaya masing-masing.

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut Hingga 25 Julai

KOTA KINABALU, 9 Julai (Bernama) — Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 25 Julai ini.

 

 

Jenayah

Nelayan Vietnam Cuba ‘Suap’ APMM RM1,000 Ditahan

 

Politik

Enggan Patuhi Arahan Cerminkan DAP Tidak Junjung Ketelusan – Gerakan

TELUK INTAN, 9 Julai (Bernama) — Keengganan DAP mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) agar diadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) menunjukkan parti itu tidak menjunjung prinsip ketelusan, kata Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Isu CEC DAP Cerminkan Ketidakmampuan Pemimpinnya – Umno P.Pinang

DAP Perlu Patuhi RoS Jika Tidak Sembunyi Sesuatu – Hishammuddin

Selangor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Di Unisel

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).

Puteri UMNO Perlu Fokus Tambah Anggota – Naib Ketua Puteri

PADANG BESAR, 9 Julai (Bernama) — Puteri UMNO perlu fokus bagi mencapai misi menarik 100,000 lagi golongan muda menganggotainya menjelang akhir tahun ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan.

Mahathir Tidak Layak Digelar Negarawan – Pemuda Umno

KAMPUNG GAJAH, 9 Julai (Bernama) ? Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk memanipulasi rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

PRU14: UMNO Perlis Tolak Calon Payung Terjun

ARAU, 9 Julai (Bernama) — UMNO Perlis menolak keras-kerasnya kehadiran calon payung terjun yang ditonjolkan pada saat akhir untuk mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Pakatan Harapan Kenal Pasti 50 Kawasan Parlimen Berpotensi Dimenangi

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) ? Pakatan Harapan menyenaraikan sebanyak 50 kawasan Parlimen yang berpotensi dimenangi dan dikekalkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jentera BN Sabah Sentiasa Pertingkat Strategi Tangkis Serangan Pembangkang

SEMPORNA, 9 Julai (Bernama) — Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sentiasa bekerja keras dan menambah baik strategi supaya berkesan dalam membantu pelbagai lapisan rakyat, sekali gus menangkis serangan daripada pembangkang, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Khairy Minta Tiga Tokoh Tinggalkan Pentas Politik, Pecah Belahkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air kerana mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Sokongan Dr Mahathir Kepada Anwar, DAP Politik Manipulasi Berbahaya

MELAKA, 9 Julai (Bernama) — Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat ”pusingan-U’ dengan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, adalah politik manipulasi yang berbahaya kepada rakyat dan negara ini.

Kerajaan Pelbagai Parti Masih Yang Terbaik Bagi Sabah, Kata Ongkili

KOTA KINABALU, 9 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri yang terdiri daripada gabungan pelbagai parti masih dianggap sistem terbaik untuk mentadbir negeri bersifat pelbagai kaum seperti Sabah, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkil hari ini.

 

Sukan

Wau Bulan Gergasi Bawa Obor Kl2017 Naik Udara Di Kelantan

KOTA BHARU, 9 Julai (Bernama) ” Obor KL2017 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Kesembilan 2017 (KL2017) akan terbang ke udara melalui Wau Bulan Gergasi, sebagai simbolik penerimaan obor dalam larian siri jelajahnya di Kelantan, Sabtu ini.

Larian Obor Sukan SEA 2017 Di Batang Padang

BAGAN DATUK, 9 Julai (Bernama) — Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Perak diteruskan hari ini dengan larian bermula di Bagan Datuk dan berakhir di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah di daerah Batang Padang.

Penyertaan Khairy Satu Penghormatan Buat Skuad Polo Negara

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Penyertaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam pasukan polo negara, dianggap sebagai satu penghormatan dan pembakar semangat pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Sukan SEA: Skuad Bola Tampar Idam Lakar Kejutan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar untuk memburu kilauan pingat dalam acara bola tampar lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, bulan depan.

FMLLP, FAM Hancurkan Daya Saing TRW – Annuar Musa

KOTA BHARU, 9 Julai (Bernama) — Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghancurkan daya saing pasukan The Red Warriors (TRW).

Pasukan Lari Berganti-ganti 4x100m Wanita Cipta Rekod Baharu

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) –Pasukan lari berganti-ganti 4x100m wanita kebangsaan mendapat suntikan semangat yang amat bermakna menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan apabila mencipta rekod baharu kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Asia ke-22 di Kalinga Stadium, Odisha, India, lewat malam Sabtu (awal pagi Ahad di Malaysia).

 

Hubungan Luar Negara

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Di Kazakhstan

ASTANA (Kazakhstan), 9 Julai (Bernama) — Hari Kebangsaan Malaysia akan disambut di sini esok sempena penyertaan Malaysia pada Ekspo Astana 2017 yang bermula sejak sebulan lalu.

Aiskrim Durian Dapat Sambutan Hebat Di CLITF

LANZHOU (China), 9 Julai (Bernama) — Aiskrim dan kopi berperisa durian dari Malaysia adalah antara produk yang mendapat sambutan hebat pada Pameran Pelaburan dan Perdagangan Lanzhou China (CLITF) yang berlangsung di sini sejak Khamis.

Reezal Merican Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat CFM OIC Di Abidjan

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) — Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-44 di Abidjan, Cote d’Ivoire dari 10 hingga 11 Julai ini.

 

Kategori
BeritaNasionalPolitikRangkuman BeritaSukan