Plaza Tol Bukit Kayu Hitam Pindah Operasi

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kilometer (Km) 0.65 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan beroperasi di lokasi baharu di Km 1.0 laluan berkenaan, mulai jam 6 pagi esok.

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kilometer (Km) 0.65 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan beroperasi di lokasi baharu di Km 1.0 laluan berkenaan, mulai jam 6 pagi esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan kutipan tol di plaza baharu bagaimanapun hanya akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

Ia susulan pengumuman pemansuhan tol Plaza Bukit Kayu Hitam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak dalam Bajet 2018, Jumaat lalu.

Lokasi baharu adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu.

Pembukaan plaza tol baharu itu juga serentak pembukaan Kompleks ICQS berkenaan.

Kenyataan sama turut memaklumkan, mulai esok, tempoh operasi plaza tol baharu Bukit Kayu Hitam akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi setiap hari berbanding 12 tengah malam sebelum ini.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

 

Kategori
Nasional