METMalaysia keluarkan amaran ribut petir di perairan Malaysia

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran ribut petir kepada beberapa perairan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga ke lewat petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan tersebut.

Amaran tersebut telah dikeluarkan METMalaysia pada jam 11.50 pagi Sabtu.

Kategori
BeritaNasional