Malaysia hos APOSHO Ke-35 pada 2020

"NIOSH akan membawa berita baik kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang dijangka mengemukakan cadangan kepada Kabinet.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menganjurkan persidangan dan mesyuarat agung tahunan ke-35 Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) di sini pada 2020.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini bekata cadangan Malaysia untuk menjadi hos persidangan penting di rantau ini disokong sepenuhnya oleh anggota APOSHO semasa mesyuarat agung tahunannya ke-32 di Temasek Polytechnic, Singapura pada Sabtu.

“NIOSH akan membawa berita baik kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang dijangka mengemukakan cadangan kepada Kabinet.

“Kami gembira bahawa tawaran kami untuk menjadi hos APOSHO 35 diterima baik oleh semua ahli kerana hubungan yang sangat baik dengan mereka dan berikutan kejayaan acara sama yang didakan di Malaysia sebelum ini,” kata beliau.

Lee berkata NIOSH akan menganjurkan APOSHO 35 di bawah kerjasama dengan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) dan Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA), yang juga bersetuju untuk menjadikan acara antarabangsa itu sebagai yang paling berjaya.

“APOSHO 35 akan membawa banyak manfaat kepada Malaysia kerana ia boleh menarik pakar dan organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dari seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan.

APOSHO merupakan badan antarabangsa yang terdiri daripada organisasi profesional bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan usaha ke arah pencegahan kemalangan pekerjaan dan ia kini mempunyai 27 ahli penuh, 2 ahli bersekutu, 8 ahli gabungan dan 20 ahli kehormat dari sejumlah 19 negara atau wilayah.

— BERNAMA

Kategori
BeritaEkonomiNasional