Kritik Sultan Johor, Presiden Aswaja ditahan

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4A Akta Hasutan 1984 dan kami juga merampas telefon bimbit beliau

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin ditahan polis di IPD Dang Wangi sekitar jam 3.50 petang tadi.

Penahanan dibuat selepas beliau hadir memberi keterangan berhubung dakwaan ceramahnya yang berunsur perkauman dan mengkritik Sultan Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Sri Wan Ahmad Najmuddin ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara tersebut.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4A Akta Hasutan 1984 dan kami juga merampas telefon bimbit beliau,” kata beliau.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin, perintah reman akan dimohon esok bagi membuat siasatan lanjut.

Kategori
BeritaNasional