KL2017: Fatehah, pelumba wanita paling banyak rangkul emas

"Ini sebagai satu permulaan yang baik untuk bangkit semula menyumbang pingat untuk negara serta berharap mata yang diraih pada Sukan SEA ini mampu melayakkan saya ke siri Piala Dunia musim depan, " katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional di sini.

NILAI: Ratu pecut wanita negara, Fatehah Mustapa muncul pelumba berbasikal negara memenangi banyak pingat emas dalam satu temasya Sukan SEA apabila merangkul emas keempat selepas berakhirnya acara keirin pada edisi ke-29 di sini, malam ini.

Sebelum ini, pelumba kelahiran Terengganu itu menjuarai acara pecut individu dan dan berpasukan dan ujian masa 500m serta mencipta dua rekod kebangsaan.

“Ini sebagai satu permulaan yang baik untuk bangkit semula menyumbang pingat untuk negara serta berharap mata yang diraih pada Sukan SEA ini mampu melayakkan saya ke siri Piala Dunia musim depan, ” katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional di sini.

Pelumba berusia 28 tahun itu berkata pencapaian di sini diharap dapat menebus kekecewaan beraksi baik pada Sukan Olimpik Rio 2016, Ogos tahun lepas, berikutan masalah kesihatan ayahnya.

“Kesihatan ayah sudah beransur pulih dan kekuatan mental dan fizikal saya kembali seperti biasa dan harap dapat mengekalkan momentum ini bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan serta Sukan Olimpik 2020 Tokyo,” katanya.

— BERNAMA

Kategori
BeritaNasionalSukan