Kerajaan teruskan rasionalisasi perbelanjaan dalam Bajet 2018

Kita tidak sebutnya sebagai pemotongan (perbelanjaan) tetapi rasionalisasi. Kita akan pastikan setiap wang yang dibelanjakan adalah cekap

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan usaha merasionalisasi perbelanjaannya menerusi Bajet 2018.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan sentiasa memastikan setiap perbelanjaan adalah cekap.

“Kita tidak sebutnya sebagai pemotongan (perbelanjaan) tetapi rasionalisasi. Kita akan pastikan setiap wang yang dibelanjakan adalah cekap,” jelasnya selepas berucap pada Forum Megatrend Khazanah di sini.

Terdahulu, Johari mengulangi kenyataan beliau bahawa kerajaan tidak akan menaikan kadar cukai untuk tahun hadapan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan masih belum memutuskan kaedah untuk mengenakan cukai terhadap penyedia perkhidmatan digital.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memaklumkan ekonomi digital bakal menjadi ‘forte’ baharu kepada ekonomi negara.

Ekonomi digital menyumbang 17.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dengan sasaran ia meningkat kepada 18.2 peratus pada 2020.

Kategori
BeritaEkonomiNasional