Karl Heinz Weigang meninggal dunia

"Minggu ini adalah minggu yang menyedihkan buat bola sepak Perak apabila kehilangan dua orang lagenda.

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih bola sepak negara, Karl Heinz Weigang meninggal dunia akibat serangan jantung di Jerman pagi tadi.

Weigang yang berusia 82 tahun pernah membantu skuad negara mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah mengendalikan skuad Perak dua kali pada 1997 hingga 2000 dan 2016 hingga 2017.

Kematian Weigang disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Shahrul Zaman Yahya.

“Minggu ini adalah minggu yang menyedihkan buat bola sepak Perak apabila kehilangan dua orang lagenda. “Selepas kematian bekas pengurus pasukan, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Jumaat lalu, Perak kehilangan Weigang akibat serangan jantung di Jerman pagi tadi,” katanya.

Selain pernah membantu skuad negara mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Weigang pernah membantu Perak memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Kategori
BeritaNasionalSukan