Ini wajah suspek utama menyamar dan mencuri dalam bank

Menurut kenyataan media Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Isnin, suspek merupakan lelaki berbangsa India dan berusia 30-an.

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang suspek kes kecurian wang di sebuah bank di pusat bandar Damansara Heights pada 8 September lalu.

Suspek berkenaan menyamar sebagai wakil sebuah syarikat pembekal pemadam api untuk menceroboh sekali gus mencuri wang di bank tersebut.

Menurut kenyataan media Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Isnin, suspek merupakan lelaki berbangsa India dan berusia 30-an.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Hafizi Ishak di talian 017-2336343 atau IPD Brickfields 03-90516222.

Kategori
BeritaNasional