HENTI SEBAR FITNAH TNB NAIK TARIF ELEKTRIK

Adalah diminta kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, boleh mendapatkannya di laman web syarikat itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan satu viral di media sosial yang mendakwa tarif elektrik akan dinaikkan bagi mengelakkan TNB kerugian.

Sebelum ini, terdapat dua status tersebar di media sosial yang mengatakan bahawa pada tarikh 18 Disember 2016 Malaysia akan bergelap, serta tiada elektrik akan dibekalkan di seluruh negara dari jam 10 pagi hingga 5 petang terutamanya di kawasan Petaling Jaya dan Subang.

Adalah diminta kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, boleh mendapatkannya di laman web syarikat itu.

Pengguna boleh melayari laman web TNB di https://www.tnb.my/residential/power-alert/ ataupun menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian 1-300-885454.

Kategori
Nasional