HARGA GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) NAIK ADALAH PALSU

KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah salah satu daril lima (5) barang kawalan KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan individu yang menularkan laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan.

KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah salah satu daril lima (5) barang kawalan KPDNKK. Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna

Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan atau rujukan boleh dilakukan di portal SEBENARNYA.MY

Kategori
Nasional