Dakwaan ‘Malaysia a failed state’ satu tohmahan – PM Najib

"Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal tohmahan sesetengah pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal.

Sebaliknya, hasil inisiatiaf kerajaan terutama dalam menangani ketidaktentuan ekonomi memastikan negara mampu bersaing dan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Antara inisiatif berkenaan termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, mengurangkan kebergantungan ekonomi terhadap pendapatan minyak dan gas, menyediakan persekitaran kondusif meningkatkan perdagangan serta memperkukuh keupayaan inovasi dan teknologi.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh.

“Kejayaan ini ternyata menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah ‘a failed state’ atau sebuah negara yang gagal, sebaliknya kerajaan telah menyediakan pelan transfomasi nasional untuk mengangkat Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Dewan Rakyat.

Ahmad mahu tahu tahap kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula bahawa ekonomi dunia juga kembali mantap.

Namun, katanya, pencapaian sepenuhnya bergantung kepada persekitaran dalaman dan luaran yang positif.

Walaupun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka kembali pulih, Malaysia tetap terdedah kepada beberapa risiko pada peringkat global seperti ketidaktentuan dasar negara-negara maju, votaliti pasaran kewangan dan peningkatan sentimen perindungan perdagangan, harga minyak serta risiko geopolitik.

“Namun begitu, pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif kerajaan dalam melaksanakan keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghdapi cabaran luar,” kata beliau lagi.

Tambahnya, ia terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.

“Prestasi KDNK ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 12.9 peratus, manakala penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu tahu mengenai situasi hutang negara ketika ini, Perdana Menteri menjelaskan hutang negara dalam keadaan terkawal.

“Hutang negara dalam lingkungan terkawal, malah telah dapat dikurangkan daripada 54 peratus KDNK pada 52.5 peratus dan fiskal negara telah dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus kepada insyaAllah 3 peratus pada akhir tahun ini,” kata Perdana Menteri.

Kategori
BeritaEkonomiNasional