Lima negara putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar

Agensi berita Mesir pula mendakwa Qatar terbabit dalam memberi sokongan kepada organisasi pengganas termasuk kumpulan Muslim Brotherhood.

DUBAI: Lima negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain, bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Muslim Brotherhood, pergerakan ektremis Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.

“Qatar menerima kewujudan kumpulan pengganas dan kumpulan-kumpulan sektarian bertujuan untuk mengganggu kestabilan di rantau ini , termasuk Muslim Brotherhood, Daish and al-Qaeda, dan memaparkan mesej dan agenda kumpulan-kumpulan ini melalui media mereka setiap masa,” kenyataan agensi berita SPA menyebut.

Agensi berita rasmi Arab Saudi melaporkan negara itu mengambil tindakan tersebut kerana “mahu memastikan hak kedaulatannya dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan perlindungan keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan ekstremisme”.

Agensi berita Mesir pula mendakwa Qatar terbabit dalam memberi sokongan kepada organisasi pengganas termasuk kumpulan Muslim Brotherhood.

Satu kenyataan dari agensi berita Bahrain pula memetik sekutu rapat Arab Saudi itu turut mengambil tindakan yang sama, dengan rakyat Bahrain diberi tempoh 14 hari untuk meninggalkan Qatar.

Turut mengambil tindakan sama adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memberikan temph 48 jam diplomat mereka untuk meninggalkan Qatar.

Dan yang paling terbaharu adalah negara Yaman yang turut bersetuju dengan tindakan menggugurkan Qatar dari negara pakatan menentang pemberontak di Yaman.

Kategori
BeritaDunia