Hampir dirogol, pengusaha stesen minyak diminta buat pemantauan di tandas

Kali ini, kejadian berlaku di tandas sebuah stesen minyak di Machang, Kelantan.

BUKAN sekali dua, malah kejadian hampir sama sudah berulang kali terjadi.

Kali ini, kejadian berlaku di tandas sebuah stesen minyak di Machang, Kelantan.

Seorang wanita hampir dicabul dan hampir dirogol ketika membuang air di tandas berkenaan.

Menurut perkongsian cerita abang mangsa di akaun Facebook Lubok Viral dot com, kejadian itu berlaku Khamis lalu kira-kira jam 11.30 pagi.

Namun, hari siang nampaknya tidak menghalang si penjenayah melakukan ‘aktivitinya’.

Suspek dikatakan memanjat tandas melalui tandas bersebelahan sebelum menerkam mangsa yang sedang membuang air.

Mangsa bernasib baik apabila jeritannya didengar oleh orang awam yang kemudiannya mendapatkan bantuan.

Suspek dilaporkan telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis, hasil kerjasama orang ramai.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa terkejut dan marah.

Mereka turut memberikan beberapa cadangan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Antaranya, pengusaha stesen minyak diminta lebih bertanggungjawab dengan menyediakan kemudahan kamera CCTV di tandas, atau sekurang-sekurangnya petugas untuk memantau keadaan.

Ini kerana kebanyakan tandas di stesen minyak ditempatkan di lokasi yang agak tersorok, dan ini memudahkan penjenayah bertindak.

Orang ramai, khususnya wanita pula dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan membawa teman apabila ke tandas awam.

Kategori
Berita