HARGA MINYAK NAIK, BRENT AS$50.12

Ia jatuh dalam dagangan awal, tetapi bangkit semula antara AS$48.75 dan AS$46.95. Penanda aras minyak mentah Brent, menokok 65 cents setong kepada AS$50.12.
NEW YORK: Harga minyak naik, mencari sokongan teknikal selepas merosot di bawah AS$47 setong akibat tekanan daripada perselisihan diplomatik di Asia Barat dan inventori minyak mentah yang tinggi di Amerika Syarikat (AS).
Minyak mentah West Texas Intermediate AS (WTI) berakhir sehingga 79 cents pada AS$48.19.
Ia jatuh dalam dagangan awal, tetapi bangkit semula antara AS$48.75 dan AS$46.95. Penanda aras minyak mentah Brent, menokok 65 cents setong kepada AS$50.12.
Harga minyak kekal kira-kira lapan peratus lebih rendah daripada sebelum Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC mengumumkan mereka melanjutkan pemotongan pengeluaran sehingga Mac 2018.
Perjanjian enam bulan untuk mengehadkan pengeluaran itu ditangguhkan, sehingga akhir bulan ini. Reuters
Kategori
Dunia