Cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan, penumpang AirAsia ditahan

Menurut kenyataan AirAsia yang dipetik daripada portal berita AFP, penumpang tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik pesawat mendarat.

NEW DELHI: Seorang lelaki ditahan setelah cuba membuka pintu kecemasan sebuah pesawat AirAsia ketika penerbangan yang mengakibatkan beberapa penumpang dan kru mengalami kecederaan.

Aftab Ahmed, 32, dilaporkan berbuat demikian beberapa minit sebelum kapten mengumumkan pendaratan pesawat itu di Lapangan Terbang Ranchi, India, pada Isnin malam.

Menurut kenyataan AirAsia yang dipetik daripada portal berita AFP, penumpang tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik pesawat mendarat.

“AirAsia mengesahkan kejadian di mana seorang penumpang bertindak di luar jangkaan dalam satu penerbangan pada 10 Julai lalu,” kenyataan itu menyebut.

Difahamkan, mereka yang mengalami kecederaan adalah penumpang dan kru yang cuba menghalang tindakan Aftab.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut punca Aftab bertindak demikian.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari New Delhi ke Ranchi.

Kategori
BeritaDunia