SULTAN BRUNEI, ABANG JO ” BERTARUNG” DI SUNGAI SARAWAK PETANG INI

Sultan Hassanal Bolkiah akan mencemar duli untuk mengetuai saingan menentang perahu yang dikendalikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Buat pertama kali dalam sejarah, Regata Sarawak pada petang ini akan menyaksikan “pertarungan VIP” apabila beberapa kenamaan akan “berkayuh” sesama sendiri.

Difahamkan sekitar jam 2.30 petang ini, Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah akan mencemar duli untuk mengetuai saingan menentang perahu yang dikendalikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan perahu Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Baginda dijangka tiba sekitar jam 12.30 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum menghadiri
Majlis Penutupan Sarawak Regatta 2017 bertempat di Tebingan Sungai Sarawak pada jam 2.15 petang.

Baginda Sultan, Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri kemudian menghadiri minum petang di Hotel Hilton sekitar jam 3.50 petang sebelum berangkat pulang ke Brunei Darussalam sekitar jam 5 petang. – Sarawakvoice

Kategori
Borneo