RIBUAN BUKU PELBAGAI BIDANG DIJUAL DI PLAZA MERDEKA

21 pempamer termasuk syarikat penerbitan terkemuka dan penerbit universiti mempamer dan menjual buku dalam pelbagai bidang

KUCHING: Ribuan buku dipamerkan dan dijual sempena Pesta Buku Borneo 2017 di Plaza Merdeka di sini mulai semalam hingga 15 Oktober ini.

Jurucakap penganjur berkata, sebanyak 21 pempamer termasuk syarikat penerbitan terkemuka dan penerbit universiti mempamer dan menjual buku dalam pelbagai bidang.

Buku dalam pelbagai bidang dan genre yang dijual termasuk novel, buku ilmiah, dan biografi.

Pameran buku berkenaan diadakan seiring dengan Persidangan Penerbitan Buku Antarabangsa Borneo yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Majlis Buku Ilmiah Malaysia (MAPIM), DBP, dan Universiti Malaysia Sabah.

Acara berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam. – Sarawakvoice

Kategori
Borneo