PPZ LABUAN PERKENAL KAUNTER ZAKAT VAN BERGERAK

Kaunter zakat van bergerak itu bukan sahaja mampu membantu memudahkan orang ramai untuk membayar zakat, malah ia juga berperanan untuk membantu PPZ mewar-warkan dakwah zakat dengan lebih meluas

LABUAN – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mampu meningkatkan kutipan zakat selepas agensi itu mula memperkenalkan Kaunter Zakat Van Bergerak.

Pengerusi PPZ Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, kaunter zakat van bergerak itu bukan sahaja mampu membantu memudahkan orang ramai untuk membayar zakat, malah ia juga berperanan untuk membantu PPZ mewar-warkan dakwah zakat dengan lebih meluas.

“Antara kemudahan yang disediakan oleh kaunter zakat ini termasuklah taksiran zakat, pertanyaan zakat, skim potongan gaji zakat (skim Thohir) dan pembayaran zakat secara tunai atau cek, kad kredit dan kad debit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan kaunter zakat van bergerak dan Seminar Zakat PPZ-MAIWP bersama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli di hotel Dorsett Grand Labuan dekat sini, pagi kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Haji Mohd Rais Haji Alias, Pengurus Majlis Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Ahmad Saifuddin Mat Tahir dan Pengurus PPZ Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Sharizal Mohd

Kategori
Borneo